Sunday, 21 April 2019

Suami sesekali Jadilah Malaikat

[SUAMI, SESEKALI JADILAH MALAIKAT]

.

Satu watak yang saya still nak cerita daripada Drama Nur 2 ni adalah si Hamadi (Azhan Rani), suami kepada Aisyah (Norkhiriah). Ramai yang terpukau dengan cerita ini sebab watak yang dibawakan si Hamadi ni buatkan ramai orang yang menyumpah-nyumpah. Sehinggakan, ada netizen yang rasa macam nak tumbuk-tumbuk jer kalau jumpa. Apa yang saya tertarik dengan watak tersebut adalah Sifat Suami seperti Hamadi tersebut yang melepaskan tanggungjawabnya sebagai suami.

.

Daripada pengalaman saya, kebanyakan kes Fasakh yang terjadi di dalam Mahkamah Rendah Syariah, punca yang berlaku adalah disebabkan Suami tidak memikul tanggungjawabnya sebagai suami. Tak semua lelaki macam ni, Cuma saya share ikut segala pengalaman kes saya sahaja. Ada macam-macam kes berkaitan dengan tanggungjawab yang diabaikan. Antaranya :

.

✅ Tidak mahu bekerja

Dalam drama Nur 2 tersebut, kita dapat tengok, bagaimana sikap Hamadi yang tak mahu cari kerja. Padahal, tak sakit apa-apa pun. Sehinggakan, isteri dia (Aisyah) tu yang pergi cari kerja. Jangan terkejut, memang ada yang bersikap sebegini. Tambah-tambah bila isteri mempunyai pendapatan yang besar. Saya pernah share sebelum ini bagaimana si Isteri yang bekerja di Negara Luar dengan pendapatan yang lumayan dan diserahkan kepada suami di Malaysia untuk membesarkan anak-anak serta membayar segala tanggungan. Last-last, suami tersebut gunakan duit untuk menikah sorang lagi di Selatan Thailand walaupun tidak bekerja dan tidak berkemampuan.

.

✅ Mengambil dadah & bahan terlarang

Daripada kebanyakan kes yang pernah saya kendali, kebanyakannya adalah melibatkan dengan suami mengambil dadah dan bahan terlarang. Hingga ada yang hadir ke Mahkamah dengan bergari dari penjara untuk menghadiri kes fasakh. Ada juga yang kerap minum Air ketum tapi bagi alasan untuk berubat. Ada juga yang mengambil ganja dengan alasan yang sama. Bila ambil bahan terlarang macam tu, secara tak langsung banyak hal yang berkaitan tanggungjawab sebagai suami terabai.

.

✅ Melakukan perbuatan keji

Watak Hamadi yang dibawa dalam Drama Nur 2 ini adalah salah satu contoh suami yang sering ke lorong gelap dan tak segan silu nak cari ‘Ayam’ demi memuaskan nafsu. Yang paling tak boleh tahan, pada episod yang lalu, Hamadi boleh langgan pelacur tua dan bawa ke hotel dia menginap bersama isteri. Punya desperate sampai tahap tu. Pernah saya bawa kes lebih kurang sama, tapi tak la cari pelacur. Cuma dia jadikan isteri macam hamba seks. Sebab terlalu banyak tonton video lucah hinggakan meliwat isteri sendiri beberapa kali sehingga datangkan kecederaan. Nauzubillah.

.

✅ Masih dibawah ketiak mak

Ada yang macam ni. Cuma tak ramai. Memang baik kalau mentaati ibu bapa. Sebab tanggungjawab anak lelaki memang kena jaga ibu bapanya yang dah tua. Tapi, ada segelintir yang nak kahwin, tapi, semua masih bergantung harap pada ibu bapa sepenuhnya. Hinggakan, mak ayah yang tanggung segala makan minum anak dan isterinya. Yang lebih teruk, ada suami yang tinggal di rumah ibu bapanya dan buat macam orang bujang, main game dan layan Tik Tok pun ada lagi walaupun anak dah masuk darjah 1.


✅ Utamakan bini muda saja

Kes khas bagi suami yang berpoligami. Jarang berlaku kes yang didakwa di Mahkamah berkaitan dengan ketidakadilan suami sebab susah nak buktikan. Tapi, ada la jugak, bukan tak ada. Biasa la, bini muda, mesti la lain macam sikit. Pernah suatu ketika di Mahkamah Syariah sekitar Kedah yang saya kendalikan, suami isteri dua ni cakap, dia buat giliran, isteri pertama waktu siang, malam isteri muda saja. Adil celah mana macam tu, siang nak kerja kot. Kalau balik rumah pun, memang balik makan tengah hari je la. Tanggungjawab ini memang kerap terabai bagi laki yang poligami.

.

APA TANGGUNGJAWAB SUAMI DISISI SYARAK?

====================================

✳️ Sediakan Nafkah Zahir

Di dalam Kitab Mughni Muhtaj, tanggungjawab suami yang paling utama dinyatakan oleh Imam Khatib As-Syarbini, adalah menyediakan nafkah zahir iaitu menyediakan makan, minum, pakaian & tempat tinggal. Ini keperluan paling asas perlu disediakan bagi seorang suami kepada isterinya. Sekarang ini, ramai orang yang beranggapan nafkah zahir adalah wang ringgit. Hakikatnya nafkah zahir adalah 4 perkara asas tersebut. Cuma, jika suami berhajat untuk menggantikan nafkah tersebut dalam bentuk wang ringgit, tidak ada masalah asalkan wang ringgit tersebut mencukupi untuk tampung segala keperluan asas tersebut. Suami yang perlu uruskan hal ehwal rumahtangga seperti memasak, basuh baju, kemas rumah, beli barang makan, jaga anak dan lain-lain. Sebab itu ada sesetengah pandangan menyatakan suami harus sediakan pembantu rumah kalau tidak mampu untuk melakukan semua perkara tersebut kerana itu memang tanggungjawab suami.

.

✳️ Beri Nafkah Batin

Ini juga tanggungjawab suami yang besar selain nafkah zahir. Gagal bagi nafkah batin selama satu tahun boleh disabitkan fasakh jika terbukti. Bukan hal kecil ni. Inilah sebab yang menghalalkan kepada pernikahan iaitu mendapat nikmat melalui persetubuhan secara halal. Tapi, kalau dah menikah tapi tak ada nafkah batin, tak capai la matlamat pernikahan tersebut.

.

✳️ Berbuat Baik dengan Isteri

Rasulullah s.a.w juga menyuruh agar kaum lelaki berbuat baik kepada isterinya. Hadis Nabi menyebut, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah yang baik terhadap isterinya”, Riwayat Ahmad. Ada suami yang sangat garang dan ‘Perongoih’ kata orang Kedah, dengan isterinya tetapi dengan orang lain, santun Bahasa tu, pijak semut pun tak mati. Jangan macam tu Tuan-tuan, ada beza antara garang dengan tegas.

.

✳️ Berlemah lembut dengan Isteri

Bercakap dengan perkataan yang lemah lembut juga tanggungjawab suami kepada isteri. Nabi tegas dalam kepimpinan, tapi lemah lembut dalam pertuturan tambah-tambah dengan isteri-isterinya. Sedih kalau saya kendalikan kes, suami yang tampar isterinya sampai patah gigi. Ada, memang ada. Kes saya yang terawal dahulu, suami seorang panas baran, menampar isteri sampai patah gigi. Ada yang mata lebam macam Panda, sebab kena tumbuk. Allahuakbar. Saya terbayang ja macam mana situasi masa tu.

.

✳️ Berlaku Adil Kalau Poligami

Tak salah kalau poligami. Tak langgar syariat pun. Cuma, yang paling penting, kena berlaku adil. Soal keadilan dalam poligami ni luas, cuma pada saya, kena la letak pada tempatnya. Kalau isteri baru dapat bermalam 3 hari dengan suami, isteri pertama pun kena la sama juga. Jangan la beza-bezakan. Insya allah, rumahtangga pun harmoni rasanya kalau suami ni adil dan memang mampu.

.

Memang mustahil kalau nak jadi seperti Malaikat, tapi sekurang-kurangnya kaum Adam, perlu rendahkan ego dan cuba jadi role model yang terbaik Attachment.png dalam rumahtangga. Insya allah, kalau kita cuba buat yang terbaik Attachment.png kepada isteri, percayalah, rezeki Allah akan mencurah-curah datang kepada kita. Insya-allah. Saya juga manusia, tak lepas dari buat dosa. Kita semua serupa, tapi kita sama-sama boleh berubah.

.

Follow Khairul Fahmi Ramli dan Khairul Fahmi & Associates untuk dapatkan info2 yang lebih menarik. Terima kasih semua.

.

The Great Power, Comes The Great Responsibilities.

p/s : Drama Nur 2 ni best sebab banyak boleh ulas. Jarang saya nak minta Drama kecuali Nur 2.

#lawyerkfassc

#tanggungjawabsuami

 

No comments:

Post a Comment

Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...