[PUAN ROS - SAYA MENYESAL AMBIK MUDAH TENTANG MENIKAH NI DULU….]
.
Saya ada dapat satu persoalan daripada seseorang yang menceritakan masalah yang dihadapi keluarganya. Soalannya adalah berkaitan dengan nikah sindiket. Jadi, saya rasa saya nak share tentang hal ni walaupun mungkin ada yang dah tahu, tapi saya pasti ramai yang belum tahu.
.
Dulu, dalam tahun 2017, ada seorang klien Pn. Ros (bukan nama sebenar), seorang janda anak satu, yang datang kepada saya bertanyakan tentang pernikahannya sama ada sah atau tidak.
.
“Puan saya bukan Hakim nak boleh bagi sah atau tak, kena bicara la. Tapi, kalau puan cerita kat saya insya allah saya bagi panduan dan nasihat”.
.
Rupanya, puan Ros bimbang bahawa dia kini sedang hamil anak bersama suaminya tapi, di Pejabat Agama tiada rekod perkahwinannya. Dia telah berkahwin dengan seorang lelaki berstatus ‘laki orang’ dan mempunyai anak 2 sekitar tahun 2015 di sebuah Daerah di Taiping, Perak.
.
Pernikahannya telah dilakukan di rumah keluarga lelaki secara tersembunyi. Puan Ros masih mempunyai Ayah yang tinggal di Kulim, Kedah. Semasa pernikahannya, puan Ros telah merasakan keanehan yang mana suaminya mengatakan :
.
“‘Tok Kadi’ yang nak akad nikah ni dulu kerja Pejabat Agama, jadi jangan bimbang. Wali pun tak payah sebab lebih dua marhalah. Boleh pakai wali Hakim.”
.
Puan Ros faham, suaminya nak buat senyap-senyap sebab takut isteri pertamanya tahu. Jadi, disebabkan cinta ketika itu, Puan Ros turutkan sahaja. Selang beberapa hari, suaminya memperoleh ‘Sijil Nikah’ yang nampak macam original. Jadi, hilanglah syak Puan Ros tentang kesahan pernikahannya.
.
Kini, Puan Ros sudah tidak tahan dengan suaminya yang abaikannya. Dia pulang ke kampung dan perkara ini diketahui ayahnya. Ayah berang dan cuba mendapatkan kepastian di Pejabat Agama. Bila rujukan dibuat, alangkah terkejutnya Puan Ros dan ayahnya apabila mereka memaklumkan bahawa perkahwinan Puan Ros dan suaminya tiada dalam rekod mana-mana Pejabat Agama.
.
Saya pun menasihati Puan Ros dan menyatakan bahawa, pernikahan itu adalah pernikahan SINDIKET.
====================================================================
4 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG NIKAH SINDIKET DAN NIKAH SIAM
====================================================================
.
1)Apa Maksud Nikah Sindiket?
.
Proses pernikahan yang tidak mengikut peraturan atau bersalahan dengan undang-undang sama ada secara sah atau tidak sah melalui syarikat atau secara individu. Pernikahan ini juga dilakukan oleh Jurunikah yang tidak bertauliah atau tauliahnya sudah tamat tempoh dan menyebabkan suatu perkahwinan itu tidak sah disisi undang-undang dan Syarak.
.
Ada sesetangah tafsiran juga menyatakan bahawa nikah tersebut adalah nikah yang tidak didaftarkan di Pejabat Daftar Perkahwinan dimana wali tidak mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam serta timbul keraguan tentang wali dalam perkahwinan tersebut.
.
2)Apa beza dengan Nikah di Siam?
.
a) Wali Sultan terpakai
Pernikahan yang dilangsungkan di Sempadan Siam seperti di Majlis Agama Islam Songkhla, Narathiwat, Satun dan lain-lain lagi memang menyalahi undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri namun, jika dilakukan di tempat yang betul dan proses yang menepati Hukum Syarak, maka pernikahan yang dilakukan di Sempadan Siam ini boleh didaftarkan di Malaysia dengan SYARAT, pernikahan tersebut mesti sudah melalui proses siasatan sama ada di Mahkamah Tinggi bagi yang berpoligami atau Mahkamah Rendah bagi yang tidak berpoligami.
.
Cuma, di Kedah sahaja, pengesahan nikah bagi pihak-pihak yang bukan berpoligami akan dijalankan siasatan di Pejabat Agama Daerah melalui Pegawai Nikah, Cerai dan Ruju’. Namun, di negeri-negeri lain seperti di Pulau Pinang, Perlis, Perak dan mungkin negeri-negeri yang lain dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah.
.
Ini kerana, Nikah Siam, wali Sultan adalah terpakai disebabkan telah keluar daripada Wilayah Al-Qada’ bagi seseorang wanita tersebut daripada Wali asalnya atau kekuasaan Sultan/Raja bagi negeri perempuan tersebut. Syaratnya, mestilah jurunikah di Pejabat Agama Wilayah Selatan Thailand tersebut mempunyai tauliah dan perkara ini wajib dibuktikan di Mahkamah Syariah.
.
b) Mungkin betul mungkin tipu
.
Ada satu kes saya pernah kendalikan di Mahkamah Tinggi Syariah, pernikahan tersebut tidak boleh disahkan kerana walaupun pernikahan tersebut dikatakan berlaku di Songkhla, namun bukan di Pejabat Agama dan Jurunikah yang telah tamat tempoh tauliah. Klien saya telah ditipu oleh sindiket pernikahan siam. Namun, ada juga yang berlaku di tempat yang betul dengan Jurunikah yang betul.
.
Nikah sindiket memang pasti berlaku penipuan disebabkan pernikahan tersebut boleh berlaku di dalam negara sedangkan pernikahan di dalam Negara perlukan kebenaran daripada Pejabat Agama yang menepati undang-undang. Mereka inilah yang dikatakan sebagai sindiket dengan mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada mana-mana pihak yang nak ambil jalan mudah untuk menikah.
.
3)Apa faktor yang mendorong seseorang melakukan Nikah Sindiket?
✅Nak poligami, tapi salah faham perlu dapat izin isteri pertama
✅Wujud syarikat sindiket pernikahan yang nak kaut keuntungan dengan mengambil kesempatan
✅Wali enggan untuk menikahkan kerana tidak berkenan atau tak sekufu
✅Ingin poligami tanpa diketahui isteri pertama
✅mungkin sebab terlanjur atau ditangkap khalwat
✅Faktor undang-undang yang sulit seperti nikah bawah umur, kahwin dengan warga asing
.
4) Bagaimanakah Ciri-ciri Nikah Sindiket
✅Sijil Nikah Palsu
✅Berlaku pernikahan secara sembunyi
✅Nikah dihadapan Jurunikah yang tidak bertauliah
✅Membuat iklan atau pakej pernikahan secara mudah
✅Boleh dilakukan di dalam Malaysia tanpa kebenaran wali atau diluar Malaysia di suatu tempat yang tidak diketahui.
.
5)Apakah kesan daripada pernikahan Sindiket ini?
👉🏻Nikah fasid
Nikah fasid adalah pernikahan yang tidak sah. Fasid membawa maksud rosak. Ia terjadi apabila pernikahan tersebut tidak cukup Rukun Nikah setelah dibicarakan. Perkahwinan fasid boleh dibatalkan oleh Hakim.
.
👉🏻Dikira sebagai Jenayah
Pihak yang mengambil jalan mudah ini boleh dikenakan pertuduhan mengikut kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam dengan hukuman tertentu. Kemungkinan pertuduhan yang akan dikenakan adalah, Nikah tanpa kebenaran, poligami tanpa kebenaran dan lain-lain penalti.
.
👉🏻Hak perempuan tidak dapat dibela
Jika seseorang perempuan tersebut diceraikan, ia tidak boleh menuntut hak selepas perceraian kerana pernikahan tersebut tidak didaftarkan. Bahkan perceraian tersebut juga tidak boleh didaftarkan kerana pernikahan tersebut belum dapat disahkan.
.
👉🏻Status Anak
Anak yang lahir daripada pernikahan fasid ini boleh menjadi anak syubhah. Dan jika pernikahan tersebut tidak boleh didaftarkan, anak yang dilahirkan hasil daripada pernikahan fasid tersebut dikira sebagai anak tidak sah taraf dan tidak boleh dibinkan kepada bapanya.
.
👉🏻Masalah sosial
Gejala sosial akan lebih meningkat seperti penderaan kepada wanita tersebut, pengabaian nafkah dan tanggungjawab serta berlaku kes pembuangan anak.
.
Daripada penjelasan ini, Puan Ros terkaku sambal matanya berlinangan air mata. Saya bertanyakan kepadanya, mengapa? Puan Ros beritahu saya Dia sedih, apa nasib yang bakal berlaku kepada anak tersebut.
.
“Tuan, saya sedih tak dapatkan penerangan yang betul dahulu, sebab saya yang ambil mudah kerana CINTA.”
.
Moral of the story, janganlah kita mengambil mudah tentang sesuatu perkara kerana undang-undang ini digubal bukan menyusahkan mana-mana pihak, tapi untuk MEMBELA nasib anda dikemudian hari kelak. Elakkan nikah Sindiket atau Nikah di Selatan Thailand, kelak anda menyesal.
.
Sila share Story Artikel ini supaya dapat membantu lebih ramai rakan-rakan diluar supaya peka dengan isu ini. Teruskan Follow Khairul Fahmi Ramli dan Like Page Khairul Fahmi & Associates untuk dapat lebih banyak info yang bermanfaat berkaitan kes di Mahkamah Syariah.
.
Elak nikah sindiket, hidup bertambah berkat.
.
Sila follow saya Khairul Fahmi Ramli dan blog Khairul Fahmi & Associates untuk mendapat info-info yang lebih best akan datang. https://m.facebook.com/TetuanKhairulFahmiAssociates/?ref=m_notif¬if_t=page_post_reaction
Klik link dan like page utk saya terus kongsikan story2 menarik utk pengajaran bersama.
#lawyerkfassc
#nikahsindiket
No comments:
Post a Comment