Monday, 8 April 2019

Kisah Hadanah Sasha

[SELAMATKAN ANAK-ANAK SAYA TUAN..SAYA TAHU SAYA SILAP] – Kisah ibu bimbang Gagal Hak Jagaan Anak kerana termasuk dalam 5 Sebab Ibu Gagal Jagaan Anak! Ibu-ibu Wajib Baca. 

.

Sasha (bukan nama sebenar), seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak. Dua perempuan dan satu lelaki masing-masing berumur 16 tahun, 14 tahun dan 9 tahun. Anak-anak dah bersekolah. Sasha dan bekas suaminya telah bercerai dan anak-anak tinggal bersama-sama Sasha. Beberapa tahun selepas perceraian, Sasha telah berkahwin dengan lelaki lain. Bekas suaminya juga telah berkahwin lain. Sebelum berkahwin dengan Sasha, bekas suaminya mempunyai seorang anak  lelaki yang sudah besar dalam lingkungan umur 20an. Tapi….anak lelaki tersebut kurang siuman. 

.

Saya mengenali Sasha daripada kenalan saya yang suruh Sasha lantik saya. Masalahnya, masa saya jumpa Sasha, kes Hak Jagaan Anak dia sudah failkan sendiri di Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar, Kedah. Dan yang lebih berat, kesnya dah sampai peringkat keterangan saksi Defendan. Sasha cakap kat saya, dia baru nak cari saya sebab dia tak sempat untuk bagi keterangan saksi kerana kesilapan dia sendiri yang tidak hadir ke Mahkamah semasa bicara.

.

“Ya Allah, berat ni Puan Sasha.” Biru muka Sasha bila saya sebut macam tu sebab, dia termasuk dalam salah satu daripada 5 Sebab Ibu Gagal Hadanah, iaitu :

 

1) Jika Ibu Itu Berkahwin Dengan Lelaki Lain

 

Dalam undang-undang dan Hukum Syarak jelas, jika seseorang perempuan itu telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut, maka hak jagaan itu tidak diberikan kepada ibu tersebut. Hal ini ada disebut di dalam Hadis Nabi, “Kamu adalah berhak keatas anak kamu selagimana kamu tidak berkahwin”. Tapi, hak jagaan itu akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.

 

2) Jika Ibu Itu Berkelakuan Buruk Secara Terbuka

 

Selalunya ini antara alasan yang popular di Mahkamah Syariah. Banyak yang bekas suami akan kaitkan dengan perbuatan bekas isteri semasa dalam tempoh perkahwinan. Tak kurang juga yang cerita bahawa perempuan ini teruk selepas cerai. Tapi, ada ramai juga yang tanya pada saya. Boleh ke isteri Nusyuz dapat hadanah. Saya selalu cakap, bergantung juga sama ada perintah Nusyuz tu dah dapat atau belum. Dan bergantung juga, nusyuz atas sebab apa. Ramai yang gagal faham betul-betul, maksud kelakuan keji secara terbuka itu mestilah peri laku ibu yang buruk dilakukan secara terang-terangan. Contoh, ibu ini kerja dia sebagai GRO Kelab Malam. Ini contoh..

 

3) Jika Ibu Menukar Pemastautinannya

 

Kalau ibu itu menukar pemastautinannya/ tempat tinggalnya dengan tujuan NAK CEGAH BAPA kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas anak, maka itu pun menjadi sebab ibu gagal hadanah. Contoh selalu saya sebut, kalau ibu ini nak pindah tinggal di Jepun secara sengaja nak bagi bapanya tak boleh jumpa. Macam mana sekalipun, ibu itu dibenarkan untuk bawa anaknya ke tempat lahirnya. Maksudnya bawak balik tinggal di kampung halaman. Setakat pengalaman saya, kalau masih dalam Malaysia, tak jadi masalah melainkan keluar negara sahaja.

 

4) Jika Ibu Murtad

 

Dalam Islam, memelihara akidah Islamiyah merupakan salah satu yang dituntut di dalam Maqasid Syariah. Memang berat isu berkaitan dengan murtad ini. Kes ini mungkin jarang berlaku, tapi kalau berlaku dia akan melibatkan dengan pertembungan kuasa Mahkamah Sivil. Khususnya bila pasangan bukan Islam memeluk Islam kemudian salah seorang daripada pihak-pihak memeluk agama asal sedangkan satu pihak lagi tidak mengikut. Contoh kes yang berlaku adalah seperti kes Subashini. Kes ini perlu penjelasan, mungkin ini bukan tempatnya.

 

5) Jika Ibu Itu Cuai atau Aniaya Anak

 

Alasan ini mestilah suatu alasan yang perlu dibuktikan dengan bukti yang kukuh. Tak boleh sekadar rotan sebab tak pergi sekolah sudah dikira aniaya. Mahkamah banyak mentafsirkan aniaya ini sehingga tahap mendatangkan mudharat yang sangat besar kepada kebajikan anak tersebut. Contohnya, ibu ini ditangkap oleh polis kerana mendera anak sehingga anak masuk hospital misalnya. Lebih baik, kalau memang terbukti di Mahkamah bahawa ibu telah dihukum kerana menganiaya anak. Isu ini mungkin tafsirannya terlalu umum, tapi beban kepada bapa atau mana-mana pihak yang nak buktikan tahap kecuaian dan penganiayaan ini. Kes yang boleh jadi rujukan seperti tahun 2018 yang lalu digemparkan dengan ibu mengurung anaknya sehingga tersangat kurus di dalam sebuah bilik. Haa..itu contoh terbaik Attachment.png penganiayaan.

 

 

Dalam kes Sasha, dia termasuk dalam golongan yang pertama iaitu telah berkahwin lain. Dalam masa yang sama, anak-anaknya juga dah besar dan boleh membuat pilihan sepatutnya. Tapi, ada satu sebab yang Sasha nak mintak saya tolong sangat-sangat.

.

Bekas suaminya mempunyai seorang anak lelaki yang telah mencapai umur 20an namun kurang waras dan Sasha ada bukti laporan polis serta beberapa keping gambar yang sangat jelas anak lelaki tersebut berbogel diatas kereta di halaman rumah. Gambar tersebut diambil oleh orang anaknya sendiri ketika berada di rumah bekas suaminya. Saya tanya kepada Sasha, gambar-gambar ni dan laporan polis ada tak diberi pada Mahkamah semasa keterangan dia?

.

Sasha diam seketika, dan tunduk melihat tanah. Lalu dongakannya bersama linangan air mata. Serba salah saya. “Selamatkan anak-anak saya Tuan. Saya tahu saya silap tak lantik peguam daripada awal. Saya tak tahu prosedur macam ni”.

.

Saya faham ketakutan dan kesedihan yang dialami oleh Sasha, tapi saya mesti terus terang. Kita tidak boleh untuk mohon bicara semula. Ini kesalahannya. Tapi, saya fikir dua penyelesaian sahaja yang boleh dibuat:

 

1) Teruskan bicara dan mohon untuk anak buat pilihan

 

Dalam kes Sasha, anak-anaknya telah mencapai umur dan mereka boleh membuat pilihan. Tapi, bimbang hakim tak benarkan sebab isu telah berkahwin lain.

 

2) Kantoikan saksi Defendan

 

Yang ni memang dalam plan otak saya. Tapi, saya mesti fikir strategi nak bagi saksi Defendan ni mengaku yang Defendan ada anak lelaki kurang siuman bersamanya sebab perkara ini Sasha tak buktikan semasa keterangannya.

.

Akhirnya, masa bicara saksi Defendan, isteri baru bekas suaminya, seorang yang agak baran. Tapi, saya apply teknik yang saya namakan Hembusan Surah Yasin dan Dorongan Lembut. Tujuannya nak bagi saksi ni cakap yang Suaminya ada anak lelaki yang kurang siuman dan masih tinggal bersama. Memang liat juga sebenarnya, tapi…….

.

SAYA BERJAYA buat isterinya mengaku tanpa saya tunjukkan gambar dan laporan polis. Yang lebih best, isterinya juga mengaku kata ramai lagi anak-anak lelaki lain yang duduk di rumah tu. Diorang berdua pun jarang berada di rumah.

.

Muka Sasha, yang asalnya cuak membiru sebelum nak masuk dewan bicara, tersenyum lebaq sampai telinga. Dengar pulak bisikan kuatkan ‘Yes, yes,yes’ keluar dari mulut Sasha. Saya pulak yang pesan kat Sasha, “haihhh, behave sikit Puan, kes tak habis lagi”. Habis keterangan hari itu dan terus hakim tetapkan untuk hujah.

.

Saya andaikan kes ini, seimbang dan hakim nak panggil anak-anak untuk buat pilihan. Tiba-tiba, Hakim kata dia yang akan buat keputusan. Derau darah, muka Sasha biru dengan mulut terkumat-kumat baca sesuatu masa hari keputusan. Saya doa dalam hati ja, “tolong la, bagi dapat kat anakguam aku ni Ya Allah, aku dah cuba yang terbaik Attachment.png”.

.

Terkejut saya dan Sasha, bila Yang Arif Hakim sebut, Mahkamah membenarkan Tuntutan jagaan ini diberikan kepada Plaintif dan Defendan hanya dapat hak melawat. Akses untuk bermalam mesti dapatkan persetujuan daripada Plaintif dahulu. Air mata Sasha disambut dengan senyuman lebar. Muka Defendan tak payah habaq la. Hilang terus lepas tu.

.

“Tuan, terima kasih. Saya tak tau nak cakap macam mana dah”,ujar Sasha penuh gembira. Saya bantu setakat yang saya mampu, selebihnya Allah yang tentu. Inilah kejayaan yang tak mungkin saya lupa sepanjang karier saya.

.

Kesimpulannya, tak semestinya, Ibu itu berkahwin lain, anak-anak tak boleh dapat dibawah jagaannya. Yang penting disisi Mahkamah adalah, KEBAJIKAN anak-anak akan terbela dibawah jagaan siapa.

.

Sila follow Khairul Fahmi Ramli dan set See First yer supaya tak tertinggal info Real Case Syariah yang penting. Sila like page Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak : Khairul Fahmi & Associates untuk perkongsian yang lebih mendalam.

 

Khairul Fahmi Ramli,

Lawyer Paling Seronok Dengan Air Mata Gembira Klien.

No comments:

Post a Comment

Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...