[PAHITNYA MADU, MANISNYA HEMPEDU] - 5 Hak Isteri Yg Bermadu Perlu Tahu, Kisah Sebenar dari dalam Kamar Mahkamah Syariah Pulau Pinang
.
Wawa (bukan nama sebenar), adalah seorang isteri yang bekerjaya. Pendapatannya stabil. Ada 3 orang anak hasil perkahwinan dengan suaminya. Suaminya seorang Ahli Perniagaan yang berjaya. Kehidupannya seperti biasa. Keluar pagi bekerja, balik rumah jam 7 petang. Suaminya sering pulang lewat dan setiap minggu akan ‘outstation’ dari Pulau Pinang.
.
Sehinggalah Wawa mendapat Saman Pengesahan Nikah Poligami daripada Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. Hatinya luluh pertama kali menerima saman tersebut. Wawa protes dan tidak hadir ke Mahkamah. Beliau cuba untuk redha namun hubungan Wawa kurang mesra dengan suaminya. Dia ada terima satu perintah daripada Mahkamah sebulan lepas tu tentang perkahwinan suaminya disahkan oleh Mahkamah. Ada juga perintah nafkah untuk dia dan anaknya.
.
Namun, Wawa dapat rasa, yang suaminya kini telah jarang balik ke rumah. Nafkah yang di bank in pun jarang cukup. Hatinya sudah tidak sanggup untuk teruskan perkahwinan kerana haknya sebagai isteri pertama sering diabaikan. Hal anak-anak juga, Wawa yang tanggung kebanyakannya. Akhirnya, saya membuat tuntutan fasakh untuk perkahwinannya. Alhamdulillah, kes ini tidaklah selesai sehingga peringkat bicara, namun, saya berjaya untuk selesaikan dengan Perceraian secara baik.
.
Saya nak sampaikan buat wanita-wanita yang tidak tahu haknya dalam perkahwinan khususnya bila suaminya berpoligami.
.
5 Hak Isteri-isteri yang bermadu perlu tahu.
====================================
1 - Hak mendapat nafkah zahir
Nafkah zahir adalah nafkah asas keperluan hidup. Di dalam hukum syarak, ia meliputi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Suami wajib sediakan kepada isteri nafkah-nafkah ini selepas berlaku ijab dan qabul. Sekarang ramai yang tukar kearah pemberian nafkah berbentuk wang ringgit sebagai perbelanjaan. Supaya lebih mudah untuk dibuktikan jika berlaku sebarang kes di mahkamah, biarlah nafkah itu dimasukkan ke dalam akaun isteri.
.
2 - Hak mengisyitiharkan harta sepencarian
Bila ada tuntutan poligami di Mahkamah, sebaiknya isteri harus pergi ke Mahkamah untuk mengisytiharkan apa-apa harta sebagai harta sepencarian. Seringkali isteri-isteri ni protes dan tak mahu pergi ke Mahkamah atau pergi ke Mahkamah tapi cerita luahan perasaan pada Hakim. Utamakan tentang peluang ini dahulu. Kalau tidak, harta yang sepatutnya boleh diisytiharkan sebagai harta sepencarian terpaksa pulak naik ke Mahkamah bila nak tuntut di kemudian hari.
.
3 - Hak Bermalam
Jika isteri redha berpoligami, kena pastikan hak bermalam itu adalah secara adil. Bergantung kepada perbincangan dengan suami. Hak bermalam juga penting dalam penentuan keadilan rumahtangga. Kalau penggiliran tidak adil, isteri boleh membuat tuntutan fasakh di mahkamah. Nabi Muhammad s.a.w juga berlaku adil kepada isteri-isterinya di dalam penggiliran.
.
4 - Hak Nafkah Anak-anak
Jika anak-anak masih kecil, hak untuk menuntut nafkah bagi pihak anak-anak adalah dibenarkan demi menjaga maslahah anak. Hak mereka adalah lebih utama berbanding perbelanjaan diri sendiri. Anak-anak perlu mendapat pendidikan, makan minum dan tempat tinggal yang baik meskipun ayahnya berpoligami. Jadi, sebagai isteri yang berpoligami adalah perlu untuk perjuang dan pastikan bapa yang berpoligami tak culas bab nafkah anak. Kahwin pandai, nafkah anak tak pandai pulak nak tanggung.
.
5 - Hak Mendapat Layanan Mesra
Tujuan perkahwinan adalah untuk mendapat mawaddah wa rahmah iaitu kebahagiaan dan rahmat dari Allah. Kebahagiaan tidak akan tercapai kalau suami poligami hanya tahu bagi duit setiap bulan, balik ke rumah secara giliran, tapi hati duduk di rumah isteri muda. Jadi, kena la ada hak untuk mendapat layanan mesra macam isteri muda juga.
.
Cerita hidup Wawa memberikan pengajaran kepada dirinya juga supaya, bila ada kes di Mahkamah, kena la pergi supaya dia tahu haknya. Last-last sekarang, baru Wawa sedar, yang dia tersalah langkah sebab tak mohon isyitihar harta sepencarian yang dia boleh buat dahulu. Sekarang, suaminya telah meninggal, bekas madunya nak mintak rumah yang dia beli dengan bekas suaminya itu sebagai Harta Sepencarian. Hmmmmm, panjang la ceritanya yang sepatutnya pendek sahaja kalau dulu dia tak protes. Inilah yang dia sendiri kata, Pahitnya Madu, Manisnya Hempedu.
.
Jangan Protes, Kelak Stress.
.
Sila follow saya Khairul Fahmi Ramli dan blog Khairul Fahmi & Associates untuk mendapat info-info yang lebih best akan datang. https://m.facebook.com/TetuanKhairulFahmiAssociates/?ref=m_notif¬if_t=page_post_reaction
Klik link dan like page utk saya terus kongsikan story2 menarik utk pengajaran bersama.
#lawyerkfassc
#hakbermadu
#pahitnyamadumanisnyahempedu
No comments:
Post a Comment