Terikatkah kita dengan sumpah
Baru2 ni saya ada tengok satu drama di tv3, Aku Cinta Dia kalau x silap..lakonan Aiman Hakim dan Hannah Delisha..ada la satu slot tu, si Akbar (x tahu nma sebenar pelakon) tu suruh si Hannah ni “jangan berjanji, tapi bersumpah terus setia”...
.
saya sendiri pernah mengendalikan kes perceraian ta’liq di Mahkamah Syariah, si defendan ni beritahu mahkamah, dia x nak lepaskan anakguam sbb kami pernah bersumpah sehidup semati..saya percaya ramai yg biasa menghadapi/mendengar situasi ini.
.
Sumpah disisi Syarak
=====••========••
Sumpah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada bentuk pembuktian di dalam Mahkamah Syariah. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis nabi saw :
Pembuktian atas orang yang mendakwa, sumpah atas orang yang menafikan dakwaan itu.
.
jadi, daripada hadis ni jelas, sumpah ni bukan senang2 cmtu ja, mesti ada pembuktian dlu sebelah org yg mendakwa, dan jika pembuktian itu tidak ada atau lemah, barulah org yg didakwa itu bersumpah.
.
ada beberapa jenis sumpah yg dibenarkan oleh syarak. Antaranya :
1) Yamin Al-istizhar : sumpah yang dibuat oleh org yg mendakwa atas perintah hakim setelah memberikan keterangan yang mencukupi (hanya jika org yang didakwa itu ghaib, x hadir bicara, mati, kanak2 yg belum baligh, gila, atau org yg x sempurna akal)
2) Yamin Al-mardudah : sumpah yg dijalankan oleh org yg mendakwa setelah org yg didakwa menolak utk bersumpah
3) Yamin Al-mutammimah : sumpah yg diarahkan oleh Hakim pada mana2 pihak utk menguatkan perintahnya.
4) Yamin Al-hasimah : sumpah yang dilaksanakan oleh salah satu pihak atas permohonan pihak yang lain
5) Yamin Al-takmilah : sumpah yang dilaksanakan oleh org yg mendakwa disamping keterangan seorang saksi
6) Yamin Nafyi Al-ilmi’ : sumpah seseorang menafikan yang ia mengetahui sesuatu perbuatan mengenai orang lain
7) Yamin Al-nafyi : sumpah penafian yang dijalankan oleh orang yang didakwa
daripada semua jenis2 sumpah ni, mesti dihadapan Hakim atas kebenarannya, bukannya sumpah ikut sedap hati...selalunya yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah adalah Yamin Al-istizhar sahaja, jadi x salah klau nak cuba praktik yang lain..make sure ada hujah dan dalil.
.
Jadi, daripada drama yg abam tgk tu dan drama2 realiti yg berlaku diluar sana, sumpah2 yg bukan dihadapan hakim atau sumpah yang patuh dgn syarak, ia dikira sia2 dan x terikat langsung pda mana2 pihak.....
.
cuma, org nampak dari segi moral shja...
utk kuatkan kepercayaan sja
p/s : org Arab paling kuat dok bersumpah, sy pun jadi bnyk tgk drama
#lawyerkfassc
No comments:
Post a Comment