3 Contoh Sumbangan Tidak Langsung di dalam HartaSepencarian
A) Isteri yang berhenti kerja dan menemani suami menjalankan perniagaan.
Perkara ini sering kita dengar khususnya dikalanganorang-orang yang menjalankan urusan perniagaan. Ada banyak kes yang terjadi sedemikian dimana suami mengarahkan isteri untuk menjadi surirumah sepenuhmasa bagi memberikan tumpuan penuh kepadapengurusan rumahtangga dan menjaga anak. Pastinya, suami atau lelaki tersebut adalah orang yang berkemampuan untuk menanggung segala keperluanrumahtangga. Maka, pengorbanan isteri yang berhentikerja jika sebelum daripada berkahwin atau semasa awaltempoh perkahwinan pernah bekerja adalah dikirasebagai satu bentuk SUMBANGAN TIDAK LANGSUNG untuk setiap pemerolehan harta daripadasuaminya.
B) Isteri menguruskan rumahtangga dan membantuekonomi rumahtangga.
Saya kira, kebanyakan kes harta sepencarian diMahkamah, banyak yang menjadikan perkara ini sebagaialasan SUMBANGAN TIDAK LANGSUNG keranamajoriti pasangan rumahtangga di Malaysia bekerjakedua-duanya. Memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka ramai yang mengambilpendekatan untuk bekerja khususnya isteri bagimembantu suami menampung kos keperluan hidup. Maka, sewajarnya sumbangan isteri yang bekerja ini diambil kira dalam pemerolehan harta sepencarian.
C) Isteri memberi sumbangan moral
Yang ini contoh terbaik kepada seseorang isteri atauwanita yang mempunyai taraf kehidupan atau darjat yang tinggi dalam kelas masyarakat. Contohnya, isteri adalahkerabatb diraja yang disebabkannya telah memberikankelebihan kepada status suami dan perkembanganperniagaannya. Kes yang selalu menjadi sandaran untukdijadikan hujah di Mahkamah berkaitan dengansumbangan moral ini ialah kes Tengku Ainon Zaharah vs Dato Dr Hussein.
No comments:
Post a Comment