Sebelum nak sabit nusyuz, ini yang suami perlu lakukan terhadap isterinya...
Ramai yang tahu, jika isterinya enggan patuh/taat pada suaminya, isteri lari dari rumah, tidur membelakanginya, dan lain2 lagi yg selaras dengan syarak...ia dikatakan telah nusyuz...
.
belum lagi tuan2...
.
hanya hakim syariah shja yg blh sabitkan isteri kita ni nusyuz...itu pun kalau...
1) Kita dah menasihatinya dengan perkataan dan tutur kata yg baik
la ni x susah, klau kita segan nak cakap depan2 dgn isteri kita ni, blh whatsapp ja..senang nk bukti nnt kemudian hari
2) Kalau nasihat x makan, kita kena la pisahkan tempat tidur dia daripada kita
terpulang tuan2 nak bg dia bilik lain ka, atau tuan2 nak tidur luar depan tv ka, yg penting mksudnya pisah tempat tidur
3) Pukul ia dengan pukulan yg paling ringan, kata sesetengah ulama, pukulan dgn hujung bantal di bhgian tertentu, elakkan muka, perut, kemaluan dll..dengan tujuan nak mengajar
tapi yg ni masalah kebanyakan lelaki, dia dok ambik faham, pukul ni tampar, sepak, tumbuk...mentang2 la ex-komando, ex-paskal (x dak kena mengena dgn sesapa)
4) hantar wakil bagi pihak tuan2 utk jmp wakil pihak isteri
dalam part ni, sebaiknya cuba tuan2 buat aduan di pejabat agama dulu utk rundingcara,
5) hantar notis berdaftar/rasmi utk perintahkan isteri kembali taat
yg ni saya blh katakan, tindakan last sebelum tuan2 buka tuntutan sabitan nusyuz, sebaiknya masa ni, lantik peguam
6) buat tuntutan sabitan nusyuz
ok, ni jln terakhir..bergantung kat mana tuan2 mastautin/menetap..ada sesetengah mahkamah benarkan utk tuan2 buat tuntutan sabitan nusyuz sebagai kes induk, ada mahkamah yg hny benarkan tuan2 buat tuntutan ni bila isteri dah failkan kes cerai...bergantung...nak tahu, kena rujuk peguam atau mahkamah yg berdekatan
p/s : harap lepas ni, jgn la ada yg buat hukum sendiri, isteri baru kuar sehari, teruih sabit nusyuz...itupun sbb p tny pengetua maahad tahfiz/imam masjid jamek, pak cik google...last2 hakim sabit fasakh sbb takdak sabitan nusyuz kerana kegagalan memberi nafkah
No comments:
Post a Comment