Wednesday, 27 March 2019

Bagaimana Kalau Terjadi Putus Tunang?

Apa Yang Boleh Dibuat Kalau Pertunangan Diputuskan?

.

Mesti ramai yang tau cerita, Danny (Remy Ishak) putuskan pertunangan dengan Nadine (Sarah Hilderband) untuk kahwin dengan Tiara (Mira Filzah)…Jadi, di pihak Nadine, apa yang boleh dilakukannya untuk buat suatu tuntutan di Mahkamah Syariah…Jeng3…Jangan ingat boleh lepas macam tu saja yer Danny…

.

Sekiranya sesuatu pihak telah membuat ikatan pertunangan, maka mereka sebenarnya telah tertakluk disisi Undang-undang Keluarga Islam.

Jika ada suatu pihak yang telah mungkir dan membatalkan pertunangan tersebut tanpa apa-apa sebab yang sah dengan pihak yang satu lagi masih setuju nak teruskan perkahwinan, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab untuk pulangkan :

.

1)​Pemberian-pemberian pertunangan (kalau ada)

2)​Memulangkan nilainya

3)​Membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk buat persediaan bagi perkahwinan itu

.

Ada yang soal, boleh ker kalau nak tuntut gantirugi keaiban/malu sebab putus tunang ni?

.

Jawapannya… tak boleh!!!

.

Rujuk kes Salbiah Bt Othman vs Hj Ahmad B Abd Ghani JH XXI/I (1427)H dimana YA Hakim Bicara percaya bahawa Tuntutan Keaiban/malu adalah tidak berkaitan di Mahkamah Syariah dan sesuai di Mahkamah Tinggi Sivil. Maka, di dalam kes ini, Mahkamah telah menolak tuntutan gantirugi Keaiban RM200,000.00 yang dituntut oleh Plaintif. Mahkamah hanya luluskan tuntutan yang berkaitan dengan persiapan untuk majlis pertunangan dan majlis perkahwinan sahaja.

 

Contohnya :

a)​Baju Pengantin/Tempahan Persalinan

b)​Langsir/Cadar

c)​Deposit Khemah

d)​Barang2 Runcit Kering & basah

e)​Ubah suai bilik pengantin

f)​lain2 perkara yang difikirkan munasabah.

 

Jadi, jangan ambil mudah tentang isu putus tunang yer…Silap besar ke Mahkamah la jawabnya.

p/s : kalau takat Danny tu nak bayar balik, takdak hal kot…abam follow up sikit2 jer, tgk kat Youtube yerrr


#lawyerkfassc

No comments:

Post a Comment

Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...