Friday, 8 March 2019

5 Sebab Ibu Gagal Jagaan Anak

[5 SEBAB YANG AKAN MENGGAGALKAN IBU MENDAPAT HAK JAGAAN ANAK]

Kerap kali saya mendapat pertanyaan tentang kes jagaan anak. Ini adalah antara kes terbanyak yang pernah saya kendalikan di Mahkamah Syariah. Bila sebut sahaja bab jagaan anak, saya dapati ramai ibu khususnya sangat2 bimbang kalau berlaku perceraian, beliau tidak akan mendapat hak jagaan anak. Tambah2 lagi bila suami atau keluarga suami ugut “HANG TAK KAN DAPAT JAGAAN ANAK SEBAB HANG YANG PILIH NAK CERAI” contohnya.
.
.
Sebenarnya, jika mengikut undang2 keluarga Islam mana2 negeri seluruh Malaysia sekalipun, hak jagaan anak memang terletak kepada ibu terlebih dahulu. Cuma ada 5 sebab sahaja yang membolehkan si bapa menjadi lebih kuat untuk membuat tuntutan jagaan tersebut di Mahkamah.

A) JIKA IBU KEPADA ANAK-ANAK TERSEBUT BERKAHWIN DENGAN LELAKI LAIN

Di dalam undang2 disebut ibu itu telah berkahwin lain dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu. Dan orang lelaki tersebut juga adalah yang dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu. Tapi, ibu ini boleh dapat semula hak jagaannya kalau perkahwinannya dibubarkan. 

B) JIKA IBU ITU BERKELAKUAN BURUK SECARA KETERLALUAN DAN TERBUKA

Selalu yang menjadi alasan bagi pihak lelaki adalah alasan ini. Segala macam perkara yang mungkin buruk dimatanya terhadap bekas isterinya itu akan dibangkitkan. Dan ada yang bertanya, “KALAU EX WIFE SAYA INI NUSYUZ MASA KAHWIN DULU, DIA LAYAK KE NAK DAPAT JAGAAN ANAK?”…mesti pernah dengar kan. Jawapan saya, bergantung kepada apa perbuatan nusyuz tu dan ada ke perintah nusyuz disabitkan oleh mana-mana Mahkamah sebelum berpisah dahulu. Sepanjang yang saya pernah kendalikan kes, perkara ini adalah perkara yang paling sukar untuk dibuktikan di Mahkamah dan jarang sekali Mahkamah akan sabitkan jagaan anak diberikan kepada bapa hanya disebabkan ibu melarikan diri dari rumah. 

C) JIKA IBU ITU MENUKARKAN TEMPAT MASTAUTIN/MENETAP DENGAN TUJUAN NAK CEGAH SI BAPA TERSEBUT MENUNAIKAN HAKNYA.

Ini antara perkara yang sering berlaku, si ibu memang merancang nak melarikan anak dan menyembunyikan tempat tinggalnya dan kalau boleh berpindah jauh sehingga akan menyebabkan kesukaran untuk bapa tersebut berjumpa dan melawat anak tersebut. Tetapi, di dalam undang2 tidak menghalang untuk isteri yang bercerai itu membawa anaknya ke tempat lahirnya. Dalam erti kata lain, tak ada masalah kalau nak bawa anak-anak ke kampung halamannya. Ini selalu berlaku. Tapi, yang paling pening bagi kaum bapa kalau jarak kampung bekas isteri tu sangat jauh. Macam kes yang pernah saya kendali, ibu tinggal di pedalaman Sabah, si bapa tinggal di utara semenanjung. 

D) JIKA SI IBU ITU MURTAD

Perkara ini adalah rumit dan jarang sekali berlaku. Sejujurnya saya tidak pernah kendali kes seperti ini namun, melalui pembacaan saya kes ini amatlah rumit kerana ia sikit sebanyak akan melibatkan bidangkuasa Mahkamah Sivil untuk pembubaran perkahwinan terlebih dahulu. 

E) JIKA SI IBU MENGABAI ATAU ZALIMI ANAK ITU.

Perkara sebegini sememangnya mungkin ada, namun, saya selalu katakan, kalau nak sehingga tahap menzalimi ni, pembuktian mesti sampai tahap si ibu ini telah ditangkap oleh polis kerana mendera yang sangat teruk dan zalim. Kalau setakat rotan kerana hendak mengajar mengaji quran atau rotan sebab nak didik anak-anak, yang ni hampir pasti saya katakan alasan yang nak ditimbulkan ini tak munasabah. Namun, apa-apa pun bergantung kepada pembuktian si bapa di Mahkamah.

Jadi, 5 perkara ini adalah antara alasan yang boleh ditimbulkan oleh si bapa khususnya kalau nak dapat hak jagaan anak. Namun, apa-apa pun perkara yang paling dititikberatkan dalam kes jagaan anak ini adalah berkaitan dengan SIAPA YANG LEBIH LAYAK JAGA KEBAJIKAN ANAK. 
.
Teringat saya pada zaman student dulu, pertandingan mooting syariah antara universiti, kes yang diberi adalah Hadanah yang mana saya perlu pertahankan hak jagaan anak kepada bapa yang mualaf dan anak tersebut yang tinggal dengan datuknya yang bukan beragama Islam melawan dengan si ibu yang telah berkahwin lain dan telah tinggalkan anak tersebut lebih dari 5 tahun. Hmmmmm…Rumitkan?
.
P/s: Jika anda rasa apa yg saya share ni perkara yang bermanfaat, jom kita sama2 share untuk kongsikan manfaat ini pada rakan2 anda yang lain. Tq.

JOM FOLLOW PAGE PEGUAM SYARIE KEDAH PENANG PERAK & PERLIS : IMAN FAHMI SYIFAA & ASSOCIATES untuk terus mendapat maklumat dari semasa ke semasa.

#hakjagaananak
#isusyariah

No comments:

Post a Comment

Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...