Kepakaran saya adalah membantu dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kes perundangan Syariah di Mahkamah Syariah Kedah, Penang, Perlis & Perak. Membantu memberikan dan berkongsi maklumat serta pengetahuan berkaitan dengan isu Mahkamah Syariah.
Sunday, 31 March 2019
5 Kesilapan Bila Melantik Peguam Syarie
Wednesday, 27 March 2019
Mengapa Perlu Lapor Perceraian
Perkongsian hari ini, mengapa perlu untuk laporkan perceraian di Mahkamah Syariah? Jom ambil masa sikit perkongsian saya
PENTING BAGI ISTERI/SUAMI MELAPORKAN PERCERAIAN DI MAHKAMAH
..
Di dalam Islam, talak merupakan satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main. Sesuai dengan sabda Nabi S.A.W
“Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.”
Menurut Seksyen 57(1), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah, Penang, Perak dan Perlis, jika seseorang lelaki telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah, HENDAKLAH, dalam masa TUJUH (7) HARI dari hari lafaz itu laporkan kepada Mahkamah (BUKA KES).
.
Mengapa penting untuk isteri/suami untuk laporkan perceraian di Mahkamah???
.
1)Suami isteri tidak boleh rujuk setelah talak tiga, Jadi perkiraan talak sangatlah penting.
2)Jika tidak didaftarkan di Mahkamah terlebih dahulu, isteri tidak akan mendapatkan hak-haknya setelah perceraian seperti nafkah iddah dan mutaah.
3)Isteri tidak akan boleh berkahwin lain selagi perceraiannya tidak didaftarkan.
Ada sesetengah daripada kalangan kita yang ambil mudah tentang perkara ini dimana sanggup menyembunyikan tentang lafaz talaknya dan ada pula yang sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menafikan tentang lafaz talak yang dilafazkannya.
Ingatlah, Allah jua mengetahui segala apa yang kita sembunyikan dan jika kita berdiam diri dan dalam masa yang sama masih bersekududukan dengan isteri kita sedangkan lafaz cerai telah mencapai tiga talak bahkan lebih, percayalah, sesungguhnya Allah lebih mengetahui status anak yang dilahirkan dan azab seksaannya. Nauzubillah. Berkatalah benar walaupun pahit.
#laporkanperceraian
#lawyerkfassc
Bagaimana Kalau Terjadi Putus Tunang?
Apa Yang Boleh Dibuat Kalau Pertunangan Diputuskan?
.
Mesti ramai yang tau cerita, Danny (Remy Ishak) putuskan pertunangan dengan Nadine (Sarah Hilderband) untuk kahwin dengan Tiara (Mira Filzah)…Jadi, di pihak Nadine, apa yang boleh dilakukannya untuk buat suatu tuntutan di Mahkamah Syariah…Jeng3…Jangan ingat boleh lepas macam tu saja yer Danny…
.
Sekiranya sesuatu pihak telah membuat ikatan pertunangan, maka mereka sebenarnya telah tertakluk disisi Undang-undang Keluarga Islam.
Jika ada suatu pihak yang telah mungkir dan membatalkan pertunangan tersebut tanpa apa-apa sebab yang sah dengan pihak yang satu lagi masih setuju nak teruskan perkahwinan, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab untuk pulangkan :
.
1)Pemberian-pemberian pertunangan (kalau ada)
2)Memulangkan nilainya
3)Membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk buat persediaan bagi perkahwinan itu
.
Ada yang soal, boleh ker kalau nak tuntut gantirugi keaiban/malu sebab putus tunang ni?
.
Jawapannya… tak boleh!!!
.
Rujuk kes Salbiah Bt Othman vs Hj Ahmad B Abd Ghani JH XXI/I (1427)H dimana YA Hakim Bicara percaya bahawa Tuntutan Keaiban/malu adalah tidak berkaitan di Mahkamah Syariah dan sesuai di Mahkamah Tinggi Sivil. Maka, di dalam kes ini, Mahkamah telah menolak tuntutan gantirugi Keaiban RM200,000.00 yang dituntut oleh Plaintif. Mahkamah hanya luluskan tuntutan yang berkaitan dengan persiapan untuk majlis pertunangan dan majlis perkahwinan sahaja.
Contohnya :
a)Baju Pengantin/Tempahan Persalinan
b)Langsir/Cadar
c)Deposit Khemah
d)Barang2 Runcit Kering & basah
e)Ubah suai bilik pengantin
f)lain2 perkara yang difikirkan munasabah.
Jadi, jangan ambil mudah tentang isu putus tunang yer…Silap besar ke Mahkamah la jawabnya.
p/s : kalau takat Danny tu nak bayar balik, takdak hal kot…abam follow up sikit2 jer, tgk kat Youtube yerrr
#lawyerkfassc
Cara Nak Sabit Nusyuz
Sebelum nak sabit nusyuz, ini yang suami perlu lakukan terhadap isterinya...
Ramai yang tahu, jika isterinya enggan patuh/taat pada suaminya, isteri lari dari rumah, tidur membelakanginya, dan lain2 lagi yg selaras dengan syarak...ia dikatakan telah nusyuz...
.
belum lagi tuan2...
.
hanya hakim syariah shja yg blh sabitkan isteri kita ni nusyuz...itu pun kalau...
1) Kita dah menasihatinya dengan perkataan dan tutur kata yg baik
la ni x susah, klau kita segan nak cakap depan2 dgn isteri kita ni, blh whatsapp ja..senang nk bukti nnt kemudian hari
2) Kalau nasihat x makan, kita kena la pisahkan tempat tidur dia daripada kita
terpulang tuan2 nak bg dia bilik lain ka, atau tuan2 nak tidur luar depan tv ka, yg penting mksudnya pisah tempat tidur
3) Pukul ia dengan pukulan yg paling ringan, kata sesetengah ulama, pukulan dgn hujung bantal di bhgian tertentu, elakkan muka, perut, kemaluan dll..dengan tujuan nak mengajar
tapi yg ni masalah kebanyakan lelaki, dia dok ambik faham, pukul ni tampar, sepak, tumbuk...mentang2 la ex-komando, ex-paskal (x dak kena mengena dgn sesapa)
4) hantar wakil bagi pihak tuan2 utk jmp wakil pihak isteri
dalam part ni, sebaiknya cuba tuan2 buat aduan di pejabat agama dulu utk rundingcara,
5) hantar notis berdaftar/rasmi utk perintahkan isteri kembali taat
yg ni saya blh katakan, tindakan last sebelum tuan2 buka tuntutan sabitan nusyuz, sebaiknya masa ni, lantik peguam
6) buat tuntutan sabitan nusyuz
ok, ni jln terakhir..bergantung kat mana tuan2 mastautin/menetap..ada sesetengah mahkamah benarkan utk tuan2 buat tuntutan sabitan nusyuz sebagai kes induk, ada mahkamah yg hny benarkan tuan2 buat tuntutan ni bila isteri dah failkan kes cerai...bergantung...nak tahu, kena rujuk peguam atau mahkamah yg berdekatan
p/s : harap lepas ni, jgn la ada yg buat hukum sendiri, isteri baru kuar sehari, teruih sabit nusyuz...itupun sbb p tny pengetua maahad tahfiz/imam masjid jamek, pak cik google...last2 hakim sabit fasakh sbb takdak sabitan nusyuz kerana kegagalan memberi nafkah
Sumpah Disisi Syarak
Terikatkah kita dengan sumpah
Baru2 ni saya ada tengok satu drama di tv3, Aku Cinta Dia kalau x silap..lakonan Aiman Hakim dan Hannah Delisha..ada la satu slot tu, si Akbar (x tahu nma sebenar pelakon) tu suruh si Hannah ni “jangan berjanji, tapi bersumpah terus setia”...
.
saya sendiri pernah mengendalikan kes perceraian ta’liq di Mahkamah Syariah, si defendan ni beritahu mahkamah, dia x nak lepaskan anakguam sbb kami pernah bersumpah sehidup semati..saya percaya ramai yg biasa menghadapi/mendengar situasi ini.
.
Sumpah disisi Syarak
=====••========••
Sumpah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada bentuk pembuktian di dalam Mahkamah Syariah. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis nabi saw :
Pembuktian atas orang yang mendakwa, sumpah atas orang yang menafikan dakwaan itu.
.
jadi, daripada hadis ni jelas, sumpah ni bukan senang2 cmtu ja, mesti ada pembuktian dlu sebelah org yg mendakwa, dan jika pembuktian itu tidak ada atau lemah, barulah org yg didakwa itu bersumpah.
.
ada beberapa jenis sumpah yg dibenarkan oleh syarak. Antaranya :
1) Yamin Al-istizhar : sumpah yang dibuat oleh org yg mendakwa atas perintah hakim setelah memberikan keterangan yang mencukupi (hanya jika org yang didakwa itu ghaib, x hadir bicara, mati, kanak2 yg belum baligh, gila, atau org yg x sempurna akal)
2) Yamin Al-mardudah : sumpah yg dijalankan oleh org yg mendakwa setelah org yg didakwa menolak utk bersumpah
3) Yamin Al-mutammimah : sumpah yg diarahkan oleh Hakim pada mana2 pihak utk menguatkan perintahnya.
4) Yamin Al-hasimah : sumpah yang dilaksanakan oleh salah satu pihak atas permohonan pihak yang lain
5) Yamin Al-takmilah : sumpah yang dilaksanakan oleh org yg mendakwa disamping keterangan seorang saksi
6) Yamin Nafyi Al-ilmi’ : sumpah seseorang menafikan yang ia mengetahui sesuatu perbuatan mengenai orang lain
7) Yamin Al-nafyi : sumpah penafian yang dijalankan oleh orang yang didakwa
daripada semua jenis2 sumpah ni, mesti dihadapan Hakim atas kebenarannya, bukannya sumpah ikut sedap hati...selalunya yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah adalah Yamin Al-istizhar sahaja, jadi x salah klau nak cuba praktik yang lain..make sure ada hujah dan dalil.
.
Jadi, daripada drama yg abam tgk tu dan drama2 realiti yg berlaku diluar sana, sumpah2 yg bukan dihadapan hakim atau sumpah yang patuh dgn syarak, ia dikira sia2 dan x terikat langsung pda mana2 pihak.....
.
cuma, org nampak dari segi moral shja...
utk kuatkan kepercayaan sja
p/s : org Arab paling kuat dok bersumpah, sy pun jadi bnyk tgk drama
#lawyerkfassc
Tuesday, 12 March 2019
Sumbangan Tidak Langsung Harta Sepencarian
Friday, 8 March 2019
5 Sebab Ibu Gagal Jagaan Anak
Lelaki Pun Ada Eddah
Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...
-
Isteri Lari Dari Rumah, Nusyuz Ke ? ========================= Banyak situasi yang mungkin pernah berlaku kepada anda atau rakan-rakan anda a...
-
1) Isu : Sama ada keterangan anak-anak belum baligh (sempurna akal) itu adalah diterima Anak- anak merupakan wasilah utama dalam p...
-
[PUAN ROS - SAYA MENYESAL AMBIK MUDAH TENTANG MENIKAH NI DULU….] . Saya ada dapat satu persoalan daripada seseorang yang menceritakan masala...