Thursday, 16 May 2019

Lafaz Cerai Melalui Whatsapp

Kelam kabut kes lafaz cerai PU Abu

Beberapa minggu yang lalu, viral satu kes lafaz cerai melalui whatsapp kalau tak silap saya oleh PU Abu pada isterinya yang sedang mengandung. Netizen lagi bengang bila dapat tau pulak, cerai tu sebab pilih perempuan lain. Saya ambik pendekatan tak mahu ulas time tu sebab saya berpegang, kes cerai ni belum disahkan oleh Mahkamah. So, better diam dulu.
.
Tup, tup semalam, ramai yang terkejut, Mahkamah Syariah Klang sabitkan lafaz cerai tersebut tak sah. Penuh soalan yang PM kat saya, awat jadi lagu tu. Dah terang kot. 
.
Tak dan nak tulis, petang ni dapat info berita baru pulak yang menyebabkan ramai orang keliru. Kata berita tersebut, sah cerai talak dua sebab PU Abu terlepas bagi satu fakta. Then, ada orang tanya, boleh ke dah sabit tak cerai, pastu kes dipanggil semula sebab tersilap. 
.
👉🏻 Mari saya terang sikit isu Lafaz Cerai Whatsapp diluar Mahkamah.
.
👉🏻 Rukun Talak ada 5 iaitu :

✅ Orang yang lafaz talak
✅ Lafaz
✅ Niat
✅ Tempat lafaz talak yang dituju
✅ Kekuasaan Talak terhadap orang yang ditalak
.
👉🏻 Saya hanya nak jelas tentang Rukun Kedua, Lafaz sahaja dalam isu ni. Di dalam Mazhab Syafie, mengikut Kitab Al-Mu’tamad karangan Prof Dr Muhammad Mustafa Al-Zuhaily, Lafaz talak terbahagi kepada DUA iaitu :
✅ Sarih : Jelas
✅ Kinayah : Kiasan
.
👉🏻 Bagi lafaz yang jelas, tak perlu kepada niat untuk sahkan. Contohnya, aku ceraikan hang. Yang ni jelas. Tak perlu tanya niat suami.
.
👉🏻 Bagi lafaz yang kiasan, memang perlu kepada niat suami untuk sahkan. Contohnya, hang pi balik la rumah mak hang selamanya. Ini wajib untuk ditanyakan niat suami untuk sahkan.
.
👉🏻 Dalam Mazhab Syafie, lafaz talak dalam bentuk penulisan, adalah termasuk di dalam Lafaz Kinayah atau Kiasan. Kalau diqiaskan dengan zaman sekarang ni, Whatsapp ke Messenger ke Email ke dan lain2, ini adalah Penulisan. Jadi, ia wajib untuk diketahui, NIAT suami tersebut. 
.
👉🏻 Jadi, Mahkamah dah ambil keterangan PU Abu, dan memang 100% berpegang kepada Iqrar serta Sumpah si suami. Oleh sebab PU Abu tak mengaku berniat untuk cerai, maka, benarlah Mahkamah sabitkan tiada perceraian berlaku.
.
✳️ Boleh ke panggil semula kes kalau ada tersilap?
.
👉🏻 Sebenarnya dalam kes ni, media telah terSALAH lapor. Sebenarnya pada tarikh yang sama kes cerai tu difailkan, isteri PU Abu (Ain) ada failkan kes “Pengesahan Rujuk” antara beliau dengan PU Abu,yang sebelum ini mereka pernah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 28 Januari 2019. Dua-dua kes ni telah dibicarakan bersama pada tarikh 15 Mei 2019 tersebut. 
.
👉🏻 Lepas selesai semua bicara, Hakim terus buat keputusan bahawa :

✅ Mahkamah sabitkan rujuk pada 23 Februari 2019 adalah rujuk yang sah; dan

✅ Mahkamah sabitkan lafaz talaq melalui aplikasi Whatsapp pada 13 Mac 2019
adalah tidak sah dan tidak mensabitkan talaq.
.
👉🏻 Kedua-dua kes tadi selesai dalam jam 11.45 pagi. Kemudian, dalam jam 12.30 tengah hari, Ain telah telefon Mahkamah dan bagitau PU Abu terlupa untuk nyatakan dengan kewujudan lafaz pada sekitar hujung Mac 2019. Jadi, Mahkamah nasihatkan untuk dia buka kes lafaz cerai yang baru dan terus bicara pada hari yang sama sebab dua-dua ada. Selesai bicara, Mahkamah sabitkan talaq tersebut kali kedua berjumlah dua talaq.
.
Jadi, dapatlah rasanya semua orang faham, apa situasi yang berlaku untuk kes cerai PU Abu ni. Kita doakan yang baik-baik sajalah pada mereka. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni.
.
Mohon sebarkan untuk beri pencerahan kepada rakan2 yang lain. Sila follow saya Khairul Fahmi Ramli & Khairul Fahmi Associates untuk dapat lebih info.

Cerai Bukan Benda Main
#lawyerkfassc
#ceraiwhatsapp

No comments:

Post a Comment

Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...