Kepakaran saya adalah membantu dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kes perundangan Syariah di Mahkamah Syariah Kedah, Penang, Perlis & Perak. Membantu memberikan dan berkongsi maklumat serta pengetahuan berkaitan dengan isu Mahkamah Syariah.
Monday, 20 May 2019
Kewajipan bapa tanggung nafkah anak
Thursday, 16 May 2019
Lafaz Cerai Melalui Whatsapp
Tuesday, 14 May 2019
7 Sebab Kenapa Isu Curang Gagal Dibuktikan Dalam Fasakh
7 Sebab Kenapa Isu Curang Sering Gagal Dibuktikan Dalam Fasakh
Sekarang ni viral tentang isu curang seorang artis yang saya tak payah cakap pun, ramai yang tahu. Saya tak berminat nak ulas kesnya sebab saya bukan majalah Mangga (ada lagi ke?)
.
Kelmarin juga sewaktu menanti perbicaraan kes fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar, pun saya dengar isu pengesahan lafaz cerai luar Mahkamah sebab isteri yang curang. Jadi, isu curang ni, mau tak mau, kita kena terima, bukan laki saja curang, perempuan pun ada jugak. Saya bukan nak back up lelaki dan saya pun tak back up perempuan. Tapi, yang saya nak ulas sebab banyak soalan yang tanya pada saya tentang isu curang dan pengalaman bawa kes fasakh tentang isu curang suami atau isteri.
.
ππ» Dalam kes Fasakh, isu curang, kalau isteri mendakwa bahawa suami bermain kayu tiga atau isteri ada hubungan dengan lelaki lain, selalu sukar bagi Mahkamah untuk sabitkan tuduhan atas alasan di bawah seksyen 53(1)(h)(ii) iaitu :
ππ» bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, (ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;
ππ» Sebabnya, ada beberapa faktor yang gagal dibuktikan oleh pihak yang mendakwa. Dalam undang-undang serta Hukum Syarak, orang yang mendakwa perlu buktikan dakwaannya.
.
Jadi, yang selalu jadi masalah untuk buktikan isu curang ni bagi tuntutan fasakh adalah :
✅ Suami/Isteri tak mengaku
Ini perkara biasa. Siapa nak ngaku salah. Kalau betul fitnah, takpe la kalau nak pertahan. Tapi curang ni benar, tapi berdusta di dalam Mahkamah, hanya Mahkamah Allah sahajalah yang akan menanti. Jika suami/isteri tiada bukti untuk dakwa tentang curang ini, maka, pengakuan sahaja yang boleh menjadi bukti terhadap tuntutan.
✅ Tiada saksi/saksi hanya dengar cakap
Selalu juga bila nak bukti bab curang ni, suami/isteri bawak saksi yang tak pernah nampak pun kecurangan tu. Cuma, saksi yang hanya dengar daripada luahan hati orang yang mendakwa sahaja. Contohnya, isteri mengadu kat ayah, jadi ayah hanya cerita melalui aduan anaknya sahaja. Atau suami bawak saksi yang dengar daripada cakap orang lain sahaja yang isterinya curang. Lagi pening, kalau tak ada saksi langsung.
✅ Gambar WhatsApp/Message Screenshot
Ada banyak juga yang kini bawak bukti pada Mahkamah tentang mesej suami dengan perempuan lain, isteri dengan lelaki lain. Cuma, yang jadi masalah masa bicara adalah gambar screenshot mesej yang dilampirkan, tak ada bukti yang asal. Yelah, bukti asal dalam henset suami contohnya, entah ada atau tak lagi dalam henset tu. Jadi, mau tak mau, bukti screenshot ni hanya bukti sekunder la, tak boleh lah nak jadi bukti primer. Ada setengah keadaan tu, gambar screenshot tu sendiri hilang dari handphone sendiri pun ada.
✅ Gambar & Video Tak Jelas
Ada pihak yang memang ada gambar suami/isteri curang atau kelakuan keji. Ada banyak keadaan, gambar yang dilampirkan kurang jelas identiti orang tersebut. Contohnya, ada gambar yang diambil dalam gelap seperti di clubbing, nampak macam edit pun ada, dan lain2. Ada yang lampir gambar seluar dalam yang diberi oleh isteri kepada lelaki lain, tapi mana nak tahu, entah betul atau tak gambar seluar dalam tu milik isteri. Ni contoh kes saya dulu-dulu.
✅ Gambar & Video ambil daripada Facebook, Wechat & Lain-lain.
La ni, mudah ja nak ambil gambar. Buka kat FB, Instagram, Wechat dah ada macam-macam gambar yang boleh tunjuk pada kecurangan. Sekarang ni, tik tok pun boleh jadi bukti video menunjukkan kecurangan. Tapi, banyak keadaan, bila masuk waktu bicara, bila nak bukti, semua tu dah tak ada. Dah kena delete. Jadi, bukti-bukti macam ni, boleh jadi bukti sekunder saja lah selalunya. Kita tak boleh nak tender bukti dokumen tersebut sebagai eksibit(bukti primer).
✅ Tiada Tangkapan & Dakwaan
Ada sesetengah orang dakwa suami/isterinya pernah berzina, khalwat, berhubungan dengan orang lain lebih daripada suami/isteri. Tapi, orang yang didakwa tersebut tak pernah pun ditangkap, didakwa atau dihukum oleh Mahkamah atas mana-mana kesalahan yang boleh tunjukkan kata dia curang. Melainkan, memang dapat terbukti suami/isteri kena hukum atas kesalahan tertentu.
✅ Kisah Yang Terlalu Lama
Sebilangan orang, ada yang cuba nak dakwa tentang kecurangan. Tapi, isu curang rumahtangga mereka, isu yang dah terlalu lama. Sampai 10 tahun yang lalu pun ada. Sedangkan, dalam tempoh tahun lepas baru bersalin anak yang ketiga contohnya. Memang susah la nak kata tentang curang tersebut. Bila dah terlalu lama, boleh jadi perkara tersebut benar, tapi dah taubat.
.
ππ» Mungkin ada lagi yang lain-lain contoh, cuma ini berdasarkan pengalaman di dalam Mahkamah. Ada keadaan, Mahkamah terima tuntutan fasakh atas dakwaan ini, tapi banyak keadaan, perkara tersebut gagal dibuktikan. Kita tak tahu hal yang sebenar, melainkan pihak-pihak yang berkahwin tersebut dan Allah swt. Moga kita dapat faham sikit sebanyak.
.
Kalau sharing saya ini dapat banyak sambutan, saya akan share bukti-bukti yang terbaik untuk isu kecurangan ini dalam tuntutan fasakh. Insya allah.
.
Sila share dan kongsikan ilmu ini untuk sedekah ilmu yang anda pelajari ini, kepada rakan-rakan yang lain. Follow saya Khairul Fahmi & Associates dan Khairul Fahmi Ramli untuk dapat lebih info dalam kamar syariah.
.
Curang Bukan Benda Baru
#fasakh
#lawyerkfassc
#curang
Sunday, 12 May 2019
Nafkah Anak Sementara
Kenapa lama sangat sampai dua tahun nak dapat Perintah Nafkah Anak?
Pagi ini, 12/5/2019 lepas subuh, sambil dok bersiap nak pergi Mahkamah, terbaca la satu perkongsian viral di FB daripada seorang ibu yang telah berjaya mendapat perintah Nafkah Anak, Mutaah & Nafkah Eddah daripada Mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu selepas 2 tahun naik turun Mahkamah. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada semua ibu yang telah berjaya mengharungi cabaran untuk dapatkan perintah daripada Mahkamah bagi mendapatkan perintah nafkah anak khususnya.
.
Masalah yang sering berlaku dalam masyarakat adalah bapa tidak bertanggungjawab untuk beri nafkah anak. Ada juga keadaan, bapa culas. Tapi, saya tak kata semua laki macam tu, ada yang baik cuma segelintir pihak bapa yang macam tu, terpaksalah si ibu naik turun Mahkamah untuk dapatkan perintah nafkah anak khususnya.
.
Walaupun, ada ketika saya memang mewakili pihak bapa dalam kes nafkah anak, tapi, menjadi tugas seorang Peguam Syarie juga untuk sentiasa beritahu kepada si bapa, berikan dahulu sejumlah wang yang wajar sebelum Mahkamah putuskan jumlah yang patut sebab memang menjadi Hak kepada Anak tersebut untuk dapat nafkah jadi apa sekalipun. Itu hal yang benar.
.
Selepas beberapa minit, saya teringat, dulu ada seorang wanita bertanya kepada saya,
“Macam mana saya nak tanggung nafkah anak kalau lama sangat kena naik turun Mahkamah?”
.
Ramai dikalangan orang awam mungkin tidak tahu, sebenarnya ada penyelesaian segera bagi membantu mengatasi isu ini di Mahkamah Syariah. Nama tuntutan tersebut ialah Permohonan Nafkah Anak Sementara. Tujuan permohonan dibenarkan untuk dibuat oleh mana-mana Pemohon adalah disebabkan Mahkamah faham, betapa pentingnya tanggungjawab Nafkah Anak daripada seorang bapa. Dalam masa yang sama Mahkamah juga perlu bersikap adil untuk mendengar keterangan daripada bapa sebelum Mahkamah memberikan perintah nafkah. Sebab tu kes induk Nafkah Anak jadi lambat.
.
✅ Jadi, untuk memberikan penyelesaian segera yang bersifat sementara kes induk selesai bicara, Perintah Nafkah Anak Sementara ini boleh dipohon secara sebelah pihak (ex-parte) jika ada unsur keterdesakan dalam menanggung nafkah tersebut. Tapi, yang pentingnya, kena la juga ikut prosedur tapi tak dak la panjang sangat macam tuntutan yang induk.
.
✅ Apa dalil yang kata boleh tuntut nafkah anak sebelah pihak tanpa perlu dengar keterangan bapa?
ππ» Masa zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu, ada seorang wanita namanya Hindun bt Utbah iaitu isteri kepada pembesar Makkah masa itu, Abu Sufyan. Hindun mengadu pada Nabi dengan berkata yang Abu Sufyan ni seorang yang kedekut. Dia tak bagi apa yang cukup untuk Hindun dan anaknya sampaikan Hindun terpaksa ambil senyap-senyap tanpa pengetahuan Abu Sufyan. Lalu, Nabi terus mengarahkan kepada Hindun untuk ambil apa yang cukup baginya dan anaknya.
.
ππ» Daripada kisah hadis ini, kalau anda perasan, Nabi tak panggil pun Abu Sufyan untuk tanya kepadanya, kenapa beliau tak bagi nafkah yang cukup, tapi terus memerintahkan kepada Hindun untuk ambil harta Abu Sufyan untuk kegunaan beliau dan anaknya. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari. Inilah asas bagaimana kes nafkah anak ini boleh dibuat secara sebelah pihak.
.
✅ Berapa lama perintah interim ni boleh tahan?
Ikut undang-undang, perintah nafkah sementara ni akan berjalan sehingga kes tuntutan nafkah anak yang induk selesai bicara.
.
✅ Macam mana nak tuntut?
Perlu ada tuntutan nafkah anak induk dahulu di Mahkamah Rendah Syariah dan bagi Permohonan Nafkah Anak Sementara ini, Pemohon perlu buat di Mahkamah Tinggi Syariah.
.
✅ Apa isu yang sering berlaku selepas perintah dikeluarkan?
ππ» Bapa culas/gagal ikut perintah
Ini sering berlaku iaitu bapa gagal patuh perintah. Bagi yang dapat perintah melalui potongan gaji, mudahlah. Tapi, kalau perintah tersebut perintah sementara, jarang nak ada potongan gaji. Kadang-kadang, kes nafkah anak yang induk pun tak ada potongan gaji sebab tak semua bapa kerja makan gaji. Dan, potongan gaji selalunya berlaku ketika bapa telah gagal kali pertama.
ππ» Bapa hilang & tidak diketahui
Ini juga biasa dan sangat menjadi masalah kalau kita tidak ketahui dimana bapa tersebut berada.
ππ» Bapa pilih untuk ke penjara berbanding bayar nafkah.
Jangan terkejut. Memang ada bapa yanv sebegini cuma jarang. Mungkin sebab dah pernah masuk penjara sebelum ini atau tiada kepentingan apa-apa kalau ke penjara sekalipun.
.
Oleh itu, jangan bimbang tentang hak nafkah untuk anak anda. Hak nafkah anak akan tetap diperolehi selagimana anak tersebut berbin atau bintikan kepada bapa kandungnya yang sah. Cuma, kita perlu terima, Mahkamah perlu berlaku adil, antara keperluan anak dan kemampuan bapa.
.
Tahniah sekali lagi buat ibu-ibu yang cekal menanggung nafkah anak dan cekal menuntut hak anaknya di Mahkamah.
.
Sila Tag Rakan Anda yang ada masalah Nafkah Anak untuk kita sharekan info ini. Mana tahu, mungkin dapat bantunya. Follow saya Khairul Fahmi Ramli dan Page Khairul Fahmi & Associates untuk dapat lebih info.
.
Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu cekal seluruh dunia.
Thursday, 9 May 2019
Hak Jagaan Anak Yatim
Hak Jagaan Anak Yatim Piatu
.
Masih ingat kah, pada 4 tahun yang lalu, ada sebuah kemalangan kereta Pajero yang meragut 3 nyawa di Lebuhraya DUKE (Damansara-Ulu Klang), iaitu nyawa seorang bapa, seorang ibu dan seorang bayi kepada pasangan ini yang berusia lebih kurang 6-7 bulan masa tu. Kemalangan itu disebabkan oleh geng2 Myvi yang berlumba di highway tu pada jam lebih kurang 1 pagi.
.
Rasanya masih segar dalam ingatan kita bila pasangan yang meninggal dunia tersebut telah meninggalkan 2 orang anak perempuan yang tidak bersama ketika itu. Masing-masing berusia 7 dan 4 tahun ketika mereka berdua bergelar anak yatim piatu ketika itu. Kes ini sangat mendapat kecaman daripada netizen buat racer Myvi tu dan tak kurang juga dengan isu penggunaan duit kutipan derma yang tak sampai kepada anak-anak tersebut. Yang tu saya tak nak ulas.
.
Semalam, 9 Mei 2019, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah memutuskan tentang keputusan jagaan kekal anak-anak tersebut kepada Ibu Saudara Sebelah Bapa mereka setelah 4 tahun perbicaraan. Manakala Nenek sebelah Ibu memdapat Hak Lawatan dan setiap cuti sekolah dibahagikan dua serta cuti perayaan mengikut giliran.
.
Mesti ada yang tahu sikit sebanyak tentang ranking hak jagaan kan.Mari saya terangkan, bagaimana Hak Jagaan ditentukan oleh Mahkamah.
.
Kedudukan Orang Yang Berhak
.
✅ Di dalam Seksyen 82 (1) Enakmen Keluarga Islam Kedah dan lebih kurang sama dengan dengan negeri lain, Hak Jagaan yang paling berhak adalah kepada ibu sama ada semasa dalam perkahwinan atau jika berlaku perceraian. Kalau ibu tu tak ada atau hilang kelayakan, maka rankingnya seperti berikut :
✳️ nenek sebelah ibu hingga ke atas;
✳️ bapa;
✳️ nenek sebelah bapa hingga ke atas;
✳️ kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
✳️ kakak atau adik perempuan seibu;
✳️ kakak atau adik perempuan sebapa;
✳️ anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
✳️ anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
✳️ anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
✳️ emak saudara sebelah ibu;
✳️ emak saudara sebelah bapa;
✳️ waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
ππ»Dengan syarat tak jejas kebajikan anak tersebut.
.
✅ Undang-undang juga jelaskan anak lelaki yang umur 7 tahun dan anak perempuan umur 9 tahun atau dia telah Mumaiyiz (cerdik untuk buat keputusan), maka anak tersebut boleh memilih sendiri untuk tinggal bersama ibu atau bapa atau kepada siapa yang Mahkamah rasa seseorang tu layak.
.
✅ Ni seksyen paling penting, seksyen 87(2) Enakmen Keluarga Islam, kalau Mahkamah nak buat sebarang keputusan tentang jagaan anak, yang paling penting adalah KEBAJIKAN anak tersebut akan terbela di bawah jagaan siapa.
.
Ok semua, daripada kes dua anak yatim piatu ni, dapat menjadi ilmu tambah kepada kita, ibu saudara sebelah bapa, walaupun, rankingnya lebih jauh berbanding Nenek tersebut, dia masih berhak untuk dapat jagaan tersebut kerana melihatkan kepada faktor umur anak tersebut serta kebajikan anak-anak tu mungkin terjejas kalau berpisah.
Ye lah kan, sebab kakak tu sekarang dan 11 tahun, memang la boleh buat pilihan.
.
Tapi, adik perempuannya baru umur 8 tahun. Ikut undang2, anak perempuan kena 9 tahun kan. Jadi, atas faktor bimbang kebajikan anak terjejas sebab bimbang dipisahkan, maka, Mahkamah buat keputusan untuk beri kedua-dua jagaan anak tersebut pada ibu saudara mereka. Diorang pun memang sebelum kes ni diputuskan semalam tinggal dengan ibu saudara tersebut. Mesti dah sekolah semua kat KL. Menangis teresak-esak anak-anak tu tanda gembira rasanya sebab mereka di bawah jagaan mak sedaranya.
.
Kesimpulannya, hak jagaan ni, kena fikir macam2 faktor. Yang paling penting disisi Mahkamah adalah kebajikan anak tersebut. Sama-sama kita bermuhasabah dengan isu yang berlaku ini.
.
Sila share perkongsian ini moga ia menambah pahala sedekab ilmu kepada rakan-rakan lain di bulan Ramadhan ni. Amin. Jangan lupa follow Khairul Fahmi Ramli dan Page Khairul Fahmi & Associates untuk dapat lebih info lagi.
.
Anak Yatim Macam Anak Kita Jugak
Sunday, 5 May 2019
Kelayakan Ibu Mendapat Hadanah
Lelaki Pun Ada Eddah
Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...
-
Isteri Lari Dari Rumah, Nusyuz Ke ? ========================= Banyak situasi yang mungkin pernah berlaku kepada anda atau rakan-rakan anda a...
-
1) Isu : Sama ada keterangan anak-anak belum baligh (sempurna akal) itu adalah diterima Anak- anak merupakan wasilah utama dalam p...
-
[PUAN ROS - SAYA MENYESAL AMBIK MUDAH TENTANG MENIKAH NI DULU….] . Saya ada dapat satu persoalan daripada seseorang yang menceritakan masala...