Asas pembinaan rumahtangga yang kukuh akan menjadikan sesebuah
kehidupan berkeluarga itu sentiasa berada dalam keadaan yang bahagia dan
harmoni sentiasa. Namun, hal mengenai kestabilan rumahtangga itu bukanlah suatu
yang mudah untuk diimbangi. Adakalanya hubungan perkahwinan tersebut berkekalan
dan adakalanya ia retak di permulaan, pertengahan mahupun telah jauh
perjalanannya. Semuanya tidak dapat dijangka.
Seringkali yang menjadikan sesebuah rumahtangga tersebut runtuh
adalah kebanyakannya disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh lelaki ataupun
suami. Namun, tidaklah bermakna semuanya disebabkan suami, namun adakalanya
masalah itu juga timbul disebabkan pihak isteri yang tidak menjalankan
tanggungjawabnya. Dalam hal ini, penulis hanya ingin mengutarakan isu yang
berkaitan dengan kes fasakh yang berlaku di dalam negara kita ini. Bukan bertujuan
untuk mencari salah siapa, tetapi ingin berkongsi pandangan tentang beberapa
faktor yang boleh memberikan ruang kepada si isteri khususnya menuntut
perceraian secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah.
Perlu untuk diketahui dalam hal ini, Islam amat memelihara kaum
wanita daripada tertindas dan mendatangkan mudharat pada dirinya. Justeru,
Allah s.w.t telah mensyariatkan di dalam firmannya mengenai fasakh ini di dalam
Al-Quran.
a) ÈbÎ)ur îor&zöD$# ôMsù%s{ .`ÏB $ygÎ=÷èt/ #·qà±çR ÷rr& $ZÊ#{ôãÎ) xsù yy$oYã_ !$yJÍkön=tæ br& $ysÎ=óÁã $yJæhuZ÷t/ $[sù=ß¹ 4 ßxù=Á9$#ur ×öyz 3 ÏNuÅØômé&ur Ú[àÿRF{$# £x±9$# 4 bÎ)ur (#qãZÅ¡ósè? (#qà)Gs?ur cÎ*sù ©!$# c%x. $yJÎ/ cqè=yJ÷ès? #ZÎ6yz ÇÊËÑÈ
128.
Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz[357] atau sikap tidak acuh
dari suaminya, Maka tidak Mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang
sebenar-benarnya[358], dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun
manusia itu menurut tabiatnya kikir[359]. dan jika kamu bergaul dengan isterimu
secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), Maka
Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
b)
÷bÎ)ur óOçFøÿÅz s-$s)Ï© $uKÍkÈ]÷t/ (#qèWyèö/$$sù $VJs3ym ô`ÏiB ¾Ï&Î#÷dr& $VJs3ymur ô`ÏiB !$ygÎ=÷dr& bÎ) !#yÌã $[s»n=ô¹Î) È,Ïjùuqã ª!$# !$yJåks]øt/ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JÎ=tã #ZÎ7yz ÇÌÎÈ
35.
Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, Maka
kirimlah seorang hakam[293] dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari
keluarga perempuan. jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan,
niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Mengenal.
Walaupun hak untuk memohon fasakh mengikut hukum syara’ terpakai
kepada kedua-dua suami dan isteri mengikut seksyen 52(1A) Akta Undang-undang
Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) :
“ Pihak suami boleh menuntut fasakh atas
alasan isterinya tidak mampu secara fizikal seperti lumpuh yang boleh
menghalang hubungan seksual. Walaupun begitu, suami dibenarkan berpoligami bagi
mengelakkan berlakunya perceraian.”
Secara umumnya hak fasakh ini diberikan kepada pihak isteri
disebabkan pihak suami itu sendiri mempunyai kuasa untuk melafazkan talaq. Maka,
dalam konteks fasakh ini, perlu diketahui secara jelas, hanya hakim yang
mempunyai tanggungjawab untuk membubarkan sesuatu perkahwinan berdasarkan
pembuktian yang perlu dibuktikan oleh pihak isteri berdasarkan undang-undang
yang bertepatan dengan landasan syarak.
Antara alasan-alasan yang boleh diketengahkan oleh pihak-pihak yang
ingin menuntut fasakh. Antaranya yang boleh dirujuk berdasarkan seksyen 52 (1) Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) :
(1) Seseorang perempuan yang berkahwin
mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan
perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang
berikut, iaitu -
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami
telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah
tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c) bahawa suami telah dihukum penjara
selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d) bahawa suami telah tidak menunaikan,
tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama
tempoh satu tahun;
(e) bahawa suami telah mati pucuk pada
masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa
perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f) bahawa suami telah gila selama tempoh
dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap
penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan
oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur enam belas tahun, menolak
perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum
disetubuhi oleh suaminya itu;
(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu,
antara lain -
(i) lazim menyakiti atau menjadikan
kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan
jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara'; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara
lucah; atau
(iv) melupuskan harta isteri atau
melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap
harta itu; atau
(v) menghalang isteri dari menunai atau
menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi) jika ia mempunyai isteri lebih
daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut
kehendak-kehendak Hukum Syara';
(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu
tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan
mensetubuhinya;
(j) bahawa isteri tidak izin akan
perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan,
ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh Hukum
Syara' ;
(k) bahawa pada masa perkahwinan itu
isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang
sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak
1952 dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya
tidak layak untuk berkahwin;
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf
sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syara'.
(2)
Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (c)
dalam subseksyen (1) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun
menjalani satu tahun dari hukuman itu.
(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (e) dalam subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.
(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.
(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (e) dalam subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.
(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.
Inilah antara alasan-alasan yang boleh dikemukan oleh pihak isteri
yang menuntut kepada perceraian secara fasakh oleh Mahkamah disebabkan
meletakkan isteri berada dalam keadaan kesusahan. Tujuan kepada fasakh ini
tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menghapuskan kemudharatan dan ia
menunjukkan satu keadaan yang sudah tidak boleh dipulihkan lagi.
Berdasarkan kepada pemerhatian penulis, terdapat beberapa alasan
yang sudah menjadi kebiasaan suatu tuntutan fasakh itu dilakukan di Mahkamah.
Antara yang menjadikan hal tersebut dituntut di Mahkamah adalah disebabkan
pihak suami telah gagal atau cuai menyediakan nafkah kepada isteri.
Hal ini boleh dirujuk dalam kes Siti Rohani lwn Mohd Sazali
(1994) 9 JH 230, dimana dalam kes ini pihak isteri telah membuat tuntutan
fasakh disebabkan suaminya telah gagal membayar nafkahnya dan nafkah anaknya
selama lebih tiga (3) bulan. Suami telah mengaku dia tidak pernah member nafkah
dan isterinya tidak pernah diisytiharkan nusyuz oleh mana-mana Mahkamah
Syariah. Namun, pada ketika itu hakim telah mengarahkan kepada suami membayar
nafkah sebulan sebanyak RM350.00 dan dia telah membayarnya. Apabila perbicaraan
disambung semula, mahkamah telah menolak tuntutan isteri dan kemudiannya isteri
telah merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Kes tersebut telah diterima
rayuannya disebabkan pada pandangan hakim bicara, isu kegagalan membayar nafkah
bukanlah disebabkan oleh pihak suami tidak mempunyai pendapatan atau harta
tetapi kecuaiannya dalam memenuhi tanggungjawab membayar nafkah.
Justeru jelas disini, apa yang paling ditekankan dalam tuntutan
fasakh yang ingin dibuat ini adalah kecuaian pihak suami dalam memberikan
nafkah kepada isteri selama tempoh yang telah ditetapkan secara sengaja boleh
menjurus kepada pensabitan kes fasakh ini boleh dilaksanakan oleh hakim. Ia bertujuan
untuk memelihara hak seorang isteri yang berhak mendapat nafkah daripada suami.
Begitu juga halnya jika sekiranya pihak suami telah ghaib atau tidak
diketahui dimanakah menghilangnya selama tempoh yang lama. Ini antara alasan
yang sering dibawa ke Mahkamah untuk mensabitkan suatu kes fasakh itu oleh yang
arif hakim. Contohnya di dalam kes di Wilayah Persekutuan, Hafsah lwn Ahmad
(1985) 6 JH 320 dimana Plaintif dalam kes ini telah membuat tuntutan fasakh
kerana suaminya telah tidak member nafkah kepadanya dan telah ghaib tanpa
diketahui dimana dia berada. Pihak suami itu telah tidak hadir ke Mahkamah dan
selepas mendengar keterangan Plaintif dan saksi-saksinya, Mahkamah telah
meminta kepada Plaintif untuk bersumpah Istizhar, kemudian Mahkamah telah
memutuskan sabit isteri terfasakh daripada suaminya.
Antara alasan lain yang seringkali dibawa oleh isteri untuk
menuntut fasakh daripada Mahkamah adalah disebabkan perlakuan ganas dan
tindakan pihak suami yang lazim menyakiti isteri hingga mendatangkan
kemudharatan kepadanya. Contoh yang boleh dirujuk adalah berdasarkan kepada kes
di Terengganu, Hasnah lwn Zaaba (1995) 10 JH 59 dimana Plaintif telah
membuat tuntutan bahawa suaminya telah lazim menyakiti dan menjadikan
kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya suaminya itu. Hakim
berpendapat bahawa telah berlaku penganiayaan dimana suami telah menyakiti
isteri dengan memukul dan memaki hamun isterinya hingga mengakibatkan kehidupan
isteri itu menderita. Mahkamah telah menerima tuntutan tersebut.
Kesemua alasan-alasan yang boleh dikemukan oleh pihak isteri
khususnya haruslah bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh
undang-undang serta syarak. Apa yang paling penting dalam hal ini adalah
kekuatan pembuktian yang perlu dititikberatkan oleh pihak isteri khususnya
dalam membuat tuntutan tersebut. Adalah menjadi satu kesukaran kepada peguam
syarie untuk membuktikan tentang alasan-alasan yang dikemukakan oleh isteri
untuk memohon fasakh daripada suami sekiranya tiada saksi dan bukti-bukti
sokongan untuk membuktikan telah datang kemudharatan kepada dirinya. Apatah lagi
kepada hakim yang menjadi sukar kepada dirinya untuk mensabitkan fasakh jika
sekiranya pihak isteri/yang membuat tuntutan itu tidak dapat mengemukakan
bukti-bukti yang kukuh bagi mensabitkan dharar itu telah berlaku kepada
dirinya.
Konklusinya, tuntutan fasakh ini adalah dibenarkan dalam Islam bagi
memelihara kaum wanita khususnya si isteri daripada menerima kemudharatan
terhadap dirinya dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Selagimana suatu
hubungan suami isteri itu mampu dipelihara, maka sebaiknya hubungan itu dibaiki
demi kebaikan bersama. Jika sekiranya, terjadi kemudharatan secara berterusan
kepada isteri khususnya, maka sewajarnya hubungan tersebut tidak diteruskan
kerana bimbang berlakunya penganiyaan kepada pihak isteri khususnya.
(Sekadar perkongsian daripada penulis….)
gud luck my junior...
ReplyDelete