Thursday, 26 May 2016

TIP MENJADI PEGUAM SYARIE MUDA YANG SENTIASA BERSEDIA

TIP MENJADI PEGUAM SYARIE MUDA YANG SENTIASA BERSEDIA
Menjadi seorang peguam syarie diusia yang muda mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Itu perkara biasa. Saya pun bukanlah seorang yang hebat. Tapi beberapa perkara yang saya nak share ni pun, saya cuba nak buat semua satu persatu supaya kita sentiasa mempunyai satu persiapan yang baik sebelum menjejakkan kaki ke Mahkamah sebagai seorang Peguam Syarie Muda dan Berjaya..Insya-Allah.
So, basically dua persediaan yang perlu untuk kita buat :

PERSEDIAAN FIZIKAL
a) Buat kunjungan hormat
Secara mudahnya, kunjungan hormat ni adalah kita yang baru diterima masuk sebagai Peguam Syarie negeri khususnya, membuat kunjungan hormat dengan bertemu secara bersemuka dengan Pegawai2 Syariah di Mahkamah Syariah khususnya. Niatnya hanya satu sahaja, untuk menghilangkan persepsi negatif kita terhadap hakim2 yg mungkin ada yg garang, kurang bertolak ansur, kurang peramah, terlalu tegas dan pelbagai andaian lagi. Dengan adanya kunjungan hormat terhadap hakim tersebut, sikit sebanyak ia akan menimbulkan aura positif kepada kita untuk lebih yakin apabila kita mengendalikan sesuatu kes dihadapan hakim tersebut. Saya sendiri pernah membuat perkara yang sama, dan ternyata perkara ini adalah satu tindakan yang baik dan memberi faedah kepada kedua pihak. Cuma kita perlu jaga batas dan had supaya tidak ada tohmah antaranya.

b) Mengenali karekter Hakim
Yang ni assignment yg paling diutamakan utk seseorang peguam syarie muda khususnya. Kalau kita tidak mengenali karekter hakim yang akan kita kendalikan kes dihadapannya, pelbagai masalah akan timbul terhadap kes yg kita kendalikan tersebut. Setiap hakim mempunyai perwatakan yang berbeza sbb itu lumrah dunia apabila Allah menciptkan kepelbagaian manusia. Jadi, tugas kita untuk mengenali ‘Siapa Hakim yang akan dengar kes aku ni?’…sbgai contoh, saya pernah mengikuti perjalanan kes di Selangor, penghakiman kes mereka lebih terarah kepada prosedur dan jurnal hukum..namun, apabila berpindah dan beramal di Negeri Kedah, hakim2nya lebih terarah untuk merujuk kepada kitab2 lama khususnya berbanding merujuk jurnal hukum sebagai panduan. Jadi, pastikan kita kenal dahulu dengan setiap hakim negeri2 yang akan kita kendalikan kes dengan bertanyakan kepada senior2 yg lebih berpengalaman.

c) Mengenali Kakitangan Mahkamah
Kalau kita main catur, bahagian depan atau pawn merupakan salah satu watak yang juga amat penting dalam permainan tersebut. Begitu juga dengan kakitangan Mahkamah yang merupakan watak penting dalam pengendalian kes syariah. Bahkan, mereka secara praktikalnya lebih arif dan mengetahui prosedur kes berdasarkan pengalaman mereka berbanding fresh-grad. Tambahan, berbaik dengan kakitangan Mahkamah akan memberikan kepentingan untuk karier peguam namun, kena la juga jaga batasnya.
d) Belajar Dari Mereka yang Berpengalaman
Sedangkan kita nak belajar memandu kereta pun kena ada orang tolong ajarkan, apatah lagi di dalam mengendalikan kes rumahtangga org mahupun kes jenayah. Jadi, saya nasihatkan semua peguam syarie muda yg lebih kurang mcm saya, cari sorang tok guru/mentor/sifu/guru yang boleh jadi pemantau dan senang utk kita belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman. Mereka mempunyai banyak maklumat yang boleh kita pelajari. Saya yakin, semua peguam syarie berpengalaman yg ada di Malaysia tidak pernah lokek dalam berkongsi pengalaman, ilmu dan maklumat.

e) Berkawan dengan golongan professional
Sebenarnya, kita mmg digalakkan untuk memilih kawan2 yang professional supaya jiwa kita sentiasa positif dan mempunyai ilmu yang pelbagai. Bukan apa, bila kita berkawan dengan akauntan contohnya, kita boleh dapat nasihat percuma tanpa perlu bayar satu sen pun tentang penyata kewangan yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah untuk pembuktian tuntutan harta sepencarian misalannya. Lagi banyak rakan kita yg professional, lagi banyak manfaat yang akan kita peroleh.

PERSEDIAAN MENTAL
a) Pengetahuan/Ilmu
Inilah perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh mana2 Peguam Syarie, tambah ilmu pengetahuan. Kita sentiasa akan dipanggil sebagai ustaz meskipun kita adalah Peguam disebabkan kita merupakan orang yang mempunyai pengetahuan tentang Hukum Syarak. Memang tidak semua perkara berkaitan syarak ini kita ketahui sebab medannya sangat luas. Namun, aspek2 serta persoalan2 semasa khususnya di dalam mengendalikan kes syariah di Mahkamah sentiasa menjadi persoalan yang akan diajukan oleh seseorang kepada kita. Kita juga tidak sepatutnya terhad kepada ilmu feqah semata-mata, perlu juga kita mengetahui bidang2 ilmu yang lain supaya kita akan menjadi seorang peguam yang berwibawa. Contohnya, pengetahuan kita tentang dialek/pertuturan masyarakat setempat. Ini kerana, sebagai peguam syarie, kemungkinan kes yang akan dikendalikan bukan sahaja di satu negeri sahaja, bahkan beberapa negeri lain yang lain dialeknya. Perlu juga kita sebagai peguam syarie mampu untuk bertutur dan memahami Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Arab. Kerana Bahasa akan membantu kita berkomunikasi khususnya.

b) bidangkuasa
Yang ni kena hadam betul2, salah bidangkuasa Mahkamah akan menyebabkan kita malu besar sebab kes kita akan jadi sia2 jika kita salahbidangkuasa mahkamah. Klien pun akan jadi kurang yakin dan membuang masanya sahaja.


c) Undang2
Apabila orang sebut sahaja peguam, semestinya tidak kiralah syarie atau sivil, mereka mesti mengetahui dan berkemahiran dengan undang2 yang terpakai dalam pengendalian kes mereka. Sebagai peguam syarie, sudah menjadi satu kewajipan untuk kita memahami, mengetahui dan menggunapakai setiap undang2 yang terpakai di Mahkamah Syariah. Jangan malas untuk membawa kesemua2 enakmen2 atau akta syariah ke Mahkamah sebab kita bukannya al-hafiz yang boleh hafal enakmen. Wajib bagi seorang peguam syarie mempunyai enakmen2 dan statut2 yg berkaitan supaya kita sentiasa bersedia dengan peruntukkan undang2.

d) Persiapan Kes
macam kita nak pi berperang, segala persiapan dan strategi dirangka agar segalanya berjalan dengan lancer, begitu juga dengan persiapan kes. Setiap kes yang dikendalikan, perlu bagi bagi peguam syarie mengetahui dan mendalami fakta kes yang dikendalikannya supaya tidak menjadi kekok sewaktu perbicaraan kelak. Apa yg boleh kita buat supaya lebih terancang:
            1) Buat kronologi kes
            2) Senarai Pliding
            3) carta perbicaraan
            4) kenal pasti isu
            5) buat carta saksi

e) Rujukan jurnal, laporan kes, artikel berkaitan dan kitab2 feqah yang lama dan baru
Inilah yang membezakan kita dengan bukan peguam khususnya peguam syarie yang perlu merujuk kitab2 turath dalam mencari rujukan untuk sokongan kes. Saya selalu berpesan kepada rakan2 peguam muda supaya apa2 perkara, jgn malas untuk merujuk dan baca jurnal hukum khususnya untuk mempertingkatkan pengetahuan dan mahir dalam mengendalikan kes kerana ini adalah nadi peguam syarie.

f) Berserah pada Allah
Kunci segala kejayaan. Inilah perkara yang menjadikan kita sebagai peguam syarie yang bertaqwa kepada Allah. Moga kita mendapat manfaat dengan perkongsian ini.


No comments:

Post a Comment

Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...