Penulisan merupakan satu perkara yang kadang2 rumit...kadang2 abstrak...kadang2 buatkan aku nak menulis suatu perkara yang terlintas dan terfikir dalam benak hati ini...
kadang2 kita nak menulis, tapi tiada idea...dan kadang2 juga rasa malas bercampur segan... ye lahhhh...orang mcm aku ni kalau nak create blog yang bersifat ilmiah rasa mcm kurang ilmu...nak create blog yang santai2, terfikir lak orang akan kata..."hek elehhhh...ini pun nak cerita ke???"....
Pedulikan itu semua...ungkapan yang aku terbaca dalam Majalah Maskulin yang tak pernah aku terlepas setiap terbitannya, membuatkan aku berani untuk mencuba create blog...tak tau la brpa ramai yang nak tgk blog aku ni...he3...
Sebenarnya aku dah lama menulis..tapi lebih kepada penulisan teks syarahan agama..teks khutbah..dan kadang2 melalui pembelajaran aku dalam bidang tersebut sahaja...of course la aku katakan..minat dan obses aku pada penulisan politik..cuma, kadang2 aku x berani nak meluahkan hal2 yang berkaitan dengan politik dan perundangan...takut tersalah dan tersasul,nanti org marah dan mungkin ada yang nak memperbetul...takpelah,percubaan create blog bg amatur mcm aku ni seharusnya tak perlu takut, asalkan aku tidak menipu..dan nyatakan pandangan secara rendah diri...
Aku rasa lebih menarik kalau aku menulis gak pengalaman2 aku pergi melancong sana-sini...maybe ramai yang interested dgn hal2 yang mcm tu...sapa tahu...sbb x semua org boleh "melancongkan diri" ke merata tempat..boleh juga dia "melancongkan minda dan bayangannya" melalui bacaan dalam penulisan aku...mungkin bahasa aku agak santai sebabnya bukan aku x cintakan bahasa, tetapi inilah gaya penulisan kontemporari muda mcm ak....mungkin ada yang akan menemplak,tapi aku bersedia menerima sebarang teguran yang membina utk masa depan aku kelak...
Inilah bingkisan idea santai dan penulisan berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri utk dikongsikan bersama dengan anda.....
kacak....
ReplyDeleteMacho...
ReplyDelete