Isu Lahad Datu menurut prinsip Maqasid
Syariah dan Siasah Syariah
Isu
mengenai pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah baru-baru ini menjadi satu
titik hitam yang melihatkan satu sejarah pahit terukir di dalam negara kita.
Isu ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan
pertaruhan nyawa dan juga maruah negara di mata dunia. Di dada-dada akhbar
mahupun dicorong radio apatah lagi televisyen sering mengkhabarkan mengenai isu
yang telah berlaku tersebut sehinggakan mendapat satu kupasan yang secara
langsung mahupun tidak oleh setiap masyarakat di negara kita. Namun, dalam
kesibukan masyarakat mendoakan kepada para mujahid tersebut, perlu dihuraikan
dengan lebih jelas terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan terhadap
isu tersebut.
Pertamanya,
dalam kita membicarakan mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu tersebut perlu
untuk kita mengetahui siapakah sebenarnya kaum sulu itu?adakah benar mereka ini
merupakan satu kaum yang telah membentuk satu kerajaan yang berdaulat suatu
ketika dahulu? Mengikut kajian sejarah yang telah dilakukan oleh beberapa pakar
sejarah negara mendapati, memang wujud kaum sulu yang telah menjadi sebahagian
besar penduduk sebelah selatan Filipina hinggalah ke kawasan timur Sabah suatu
ketika dahulu dimana telah wujud satu kerajaan yang berdaulat dinamakan sebagai
Kerajaan Sulu yang telah menguasai kawasan-kawasan yang diduduki tersebut.
Namun, sejarah penguasaan ini akhirnya telah berubah setelah munculnya zaman
penjajahan sebagaimana yang terjadi di kawasan-kawasan Asia Tenggara melainkan
Thailand. Misalnya, Tanah Melayu pada ketika itu telah dikuasai oleh Inggeris,
di Indonesia pula dikuasai oleh Belanda, manakala di Filipina dijajah oleh
Sepanyol, dan bagi kepulauan Borneo pula telah dikuasai dan diterajui oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) bagi seluruh negara Sabah dan Raja Brooke
bagi seluruh negeri Sarawak. Namun, SHTI serta Keluarga Brooke tersebut secara
amnya membantu penjajahan Inggeris dimana akhirnya mereka menyerahkan tampuk
pemerintahan kepada Inggeris.
Disebabkan
berlakunya penjajahan ini, maka berlakulah sedikit demi sedikit penghapusan
terhadap sistem politik pemerintahan beraja yang telah diamalkan oleh setiap
kerajaan-kerajaan lama pada ketika itu. Hal ini samalah jua keadaannya yang terjadi
pada pemerintahan kerajaan Melayu Melaka yang suatu ketika dahulu amat luas
daerah pemerintahannya. Namun, hingga hari ini tiada lagi dinamakan kesultanan
Melaka yang mana akhirnya ia hanya tinggal sejarah semata-mata. Begitu jugalah halnya
yang terjadi kepada kesultanan Sulu yang mana hari ini hanya tinggal sebagai
suatu etnik yang menetap di Sabah dan selatan Filipina. Namun, kerajaan
Filipina sendiri tidak mengiktiraf kerajaan tersebut.
Maka,
apa yang telah diperjuangkan oleh kaum sulu ini adalah mengenai tuntutan mereka
terhadap hak kesultanan mereka yang hanya tinggal sejarah kerana didapati
kerajaan Filipina yang pada ketika ini pun hanya menggagap kaum sulu ini
bukanlah daripada bangsa yang menetap di negara tersebut. Jika difikirkan
secara munasabah sememangnya kita mendapati bahawasanya kaum ini seperti kaum
yang terbuang dan tertindas dengan keadaan yang telah mengubah landskap
sejarahnya.
Maka,
dalam menilai mengenai perkara ini, persoalannya adakah hak yang ditindas ini
bersesuaian dengan prinsip maqasid syariah itu sendiri? Secara asasnya prinsip
daruriyat yang perlu dipelihara oleh adalah agama,nyawa,keturunan, akal dan
harta. Sesetangah daripada pendapat fuqaha, maruah juga adalah daripada
daruriyat iaitu sesuatu yang amat perlu dipelihara. Justeru, amat jelas hal
yang perlu dirungkai dalam kes lahad datu ini adalah mengenai keturunan atau
maruah tersebut. Namun, adakah disebabkan hal penindasan prinsip maqasid
tersebut terhadap kaum sulu ini, menjadikan mereka mendapat satu kebenaran
untuk melakukan pertumpahan darah dengan melakukan pemberontakan. Jika dinilai
dalam Fiqh Jenayah itu sendiri, hal sebegini boleh dsisifatkan sebagai satu
jenayah hudud yang amat berat kerana menentang pemimpin dengan melakukan
pertuduhan bahawa hak mereka tersebut telah ditindas dan berlakunya kezaliman
kepada kaum tersebut. Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 18 “ Ketahuilah,
kutukan Allah (ditimpakan) keatas orang-orang yang zalim”. Ayat ini secara
jelas memberikan amaran supaya kita tidak melakukan kezaliman. Namun,
persoalannnya adakah kesalahan yang terdahulu yang tidak dilakukan oleh
pemimpin masa kini, boleh disabitkan bahawa hak kaum itu ditindas disebabkan
perbuatannya? Jika difikirkan secara logik, adalah mustahil dan tidak boleh sama
sekali kita sabitkan kesalahan lampau terhadap perkara yang berlaku pada masa
kini.
Persoalan
seterusnya mengenai isu ini adalah mengenai adakah dibenarkan oleh kaum sulu
ini untuk keluar menuntut hak yang telah ditindas bagi sekian lama ini secara
mengangkat senjata dan melakukan pemberontakan dengan membunuh orang-orang yang
tidak berdosa dalam hal ini. Meskipun dalam konsep amar makruf dan nahi munkar
ini merupakan satu konsep yang jelas untuk membenarkan kemungkaran itu ditegah
oleh sesiapa sahaja. Namun, bagaimanakah tahap-tahap merubah kemungkaran itu
menurut siyasah syariah? Sebahagian pendapat mengatakan bahawa hak untuk
merubah kemungkaran adalah milik pemerintah sahaja. Maka, secara tidak langsung
ia adalah menjadi tanggungjawab negara sahaja dan bukan kewajipan seorang
individu kerana dikhuatiri akan berlaku kekecohan. Bagi sesetengah pendapat
pula mengatakan ia adalah menjadi tanggungjawab individu itu mengikut hadis
sahih ini:
“Sesiapa
yang melihat satu kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa).
Jika ia tidak mampu maka dengan lidahnya. Dan jika tidak mampu dengan membenci
melalui hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat
Muslim)
Berdasarkan
kepada hadis ini dapat disimpulkan daripada pandangan fuqaha’ ini bahawa sebenarnya ia adalah menjadi
tanggungjawab sesiapa sahaja yang melihat kepada kemungkaran yang berlaku
tersebut. Namun, ia perlu berlandaskan kepada beberapa syarat iaitu salah satu
daripadanya iaitu kemungkaran dilakukan secara terang-terangan . Di dalam hal
ini, setelah dikaji dan dianalisis dengan teilit, tiada sebab yang munasabah
untuk mensabitkan bahawa kes pencerobohan bagi menegakkan hak itu sebagai tanda
penentangan terhadap perkara munkar yang telah dilakukan oleh pemerintah
negara. Walhal sekali lagi dijelaskan bahawa, keadaan yang menyebabkan kaum
sulu tersebut ibarat tergantung dilangit tak bertali adalah disebabkan
perubahan sejarah yang menyebabkan kaum mereka ditindas bermula dengan sejarah
penjajahan di Asia Tenggara ini. Disebabkan itu, tindakan pemerintah sulu untuk
melakukan pemberontakan dan memerangi Malaysia bukanlah satu perkara yang betul
bahkan ia adalah sama sekali bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri.
Menurut prinsip Siasah Syariah yang lebih baik dan jelas mengenai hal ini
adalah melalui musyawarah yang boleh dilakukan oleh pemimpin kaum Sulu itu
dengan ketua negara bagi menyelesaikan suatu masalah dengan lebih baik tanpa
melibatkan pertumpahan darah berlaku di Lahad Datu tersebut. Firman Allah dalam
surah Al-Imran ayat 159 :
öÏÿøótGó$#ur
öNçlm;
öNèdöÍr$x©ur Îû ÍöDF{$#
( #sÎ*sù |MøBztã
ö@©.uqtGsù
n?tã «!$#
4 ¨bÎ)
©!$#
=Ïtä
tû,Î#Ïj.uqtGßJø9$#
ÇÊÎÒÈ
, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian
apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
waaww sebuah penulisan yg cakna akan isu semasa....mantap br0...!!!!
ReplyDeletenk beri sedikit pandangan ttg isu sulu nie...
betul la, sbnrnyer org2x sulu nie sbnrnyer menjadi mangsa keadaan antara dua pihak, mangsa tranformasi perubahan sejarah dan polemik politik pun yer....
1-mangsa keadaan dua pihak :apa yg dpt dilihat mereka (org2x sulu nie)seperti merempat di negara sendiri...kerajaan filipina tidak mengiktiraf depa ..manakala kerajaan malaysia pun sama juga...mereka tertekan lalu terdesak sehinggalah melakukan pencerobohan ke atas lahad datu yg kononya di situlah sepatutnya tanah milik mereka yg dirampas dahulu..
2-semasa zaman kolonial di Tanah Melayu dahulu...sabah merupakan di bawah naungan pemerintahan sulu dan ia meliputi daripada gagasan brunei sehinggalah ke selatan filipina...apabila pihak kolonial masuk campur dalam urusan pemerintahan di sabah n sarawak...pihak sulu membuat satu perjanjian yg berupa (win-win situation) yg membolehkan pihak kolonial dibenarkan mendapat manfaat hasil bumi di sabah n sarawak..manakala kerajaan pihak sulu pula dibenarkan utk memegang jawatan dan masih lagi mendapat habuan yang banyak daripada perjanjian yg ditermeterai syarikat hindia timur enggeris..apabila british ambik alih dari syarikat hindia timur...maka, kerajaan sulu diibaratkan seperti digantung tidak bertali...terkapai-kapai...mereka masih berpegang dengan janji lama ...tetapi kerajaan british yg baharu tidak mengiktiraf perjanjian itu...makan dari sinilah bermulanya pergolakan, perpecahan kerajaan suku sehinggalah ke hari ini...
tp apapun..bg aku la own..sejarah malaysia nie bnyk dh digomol dh ditukar acuan n intisari kandunganya..apa yg kita blaja ari nie pun belum tentu benar...kita hnya terhidang dengan silibus buku teks di sekolah sehinggalah kewujudan internet dan pencetakan buku2x novel underground tersebar...dari sinilah kita sebenrnya perlu buka mata utk menilai mana yg hak n mana yang batil....apa yg aku ckp nie pun semata-mata mengikut proses pembcaan, fahaman aku dr apa yg aku dengar,dengar dan dengar....
dunia akhir zaman nie ,dan igtlah penfitnahan berleluasa ..berhati-hatilah....
idup org2x pulissss..!!! kah kah kah
komen yg membina idea pada awal...masuk yg bawah skli ni jadi ngarut...kami org2 pulis takkan menyerah!!!!!!
ReplyDelete