Wednesday, 26 June 2013

Kebebasan bersuara

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 5, mengenai kebebasan asasi, umum mengetahui bahawa perkara ini bukanlah satu perkara yang baru di dengari. Asas kepada penubuhan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi adalah berlandaskan kepada kebebasan dan kuasa yang dimiliki oleh masyarakat bagi sesebuah negara tersebut. Ini bermakna apabila sesebuah negara itu mengamalkan sistem demokrasi secara tidak langsung akan wujud satu kebebasan atau hak bagi sesebuah masyarakat yang mendiami negara tersebut untuk bersuara dan menyatakan pendirian mereka apatah lagi berkaitan dengan hak masyarakat itu sendiri untuk memilih dan melantik pemimpin yang akan mewakili mereka dalam urus tadbir negara. Berpaksikan kepada hak dan kebebasan bersuara tersebut maka timbullah satu perkara yang dibenarkan oleh undang-undang demokrasi itu sendiri untuk memberikan hak bersuara dan berhimpun kepada masyarakat bagi menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu perkara. Sehinggalah perkara ini akhirnya dinamakan sebagai demonstrasi jalanan iaitu menyamai dengan satu aktiviti perhimpunan yang dilakukan oleh sekumpulan masyarakat atau sesebuah kumpulan baik secara sah ataupun tidak disisi undang-undang.
Oleh kerana negara kita juga merupakan negara demokrasi yang mengamalkan dan membenarkan hak kebebasan bersuara rakyat terhadap kepimpinan tertinggi, maka sememangnya akan timbul pelbagai senario penerimaan atau penolakan terhadap perkara tersebut. Tambahan hal yang berkaitan dengan demonstrasi jalanan ini bagi sesetengah pihak merupakan hal yang negatif dan boleh menyebabkan reputasi negara terjejas jika sekiranya perkara tersebut tidak dikawal. Namun, tidak pula ia harus disekat dek kerana gangguan yang berlaku terhadap sistem jalanraya mahupun emosi sesetengah pihak yang tidak menyukai terhadap demonstrasi tersebut. Ini kerana, ia adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Akhirnya, bagi memastikan kemandirian hak rakyat disisi undang-undang tersebut, maka terciptalah satu undang-undang yang khusus bagi memastikan hak tersebut dijaga iaitu dinamakan sebagai Akta Perhimpunan Aman 2012.
Meskipun terlaksana undang-undang tersebut, masih juga timbul persoalan mengenai hak bersuara tersebut oleh pihak pentadbir dan juga penyokong-penyokong tegarnya. Umpamanya kenyataan yang baru dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana ramai mengetahui, meskipun banyak jasanya kepada negara, namun tak kurang juga dengan sistem pemerintahan demokrasi kuku besi yang diamalkannya. Katanya dalam ruang akhbar tempatan “jangan beri muka kepada pembangkang lagi dan kerajaan juga tidak perlu lagi berlembut kepada mereka yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara”. Komen ini timbul dek kerana pihak kerajaan dan penyokong-penyokong tegarnya sering beranggapan bahawa perhimpunan Black 505 yang sering berlangsung sejak selesainya Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas seumpama satu perhimpunan yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
Bagi penulis, apa yang gagal dilihat oleh pihak mereka ini adalah tujuan sebenar yang menjadi pokok segala persoalan yang timbul iaitu kemarahan rakyat dan perasaan tidak puas hati terhadap perjalanan PRU-13 tersebut dengan pelbagai dakwaan serta isu-isu yang gagal ditangani oleh pihak kerajaan serta Suruhanjaya Pilihanraya khususnya. Misalannya, isu seperti dakwat kekal yang tidak kekal dimana terdapat banyak laporan polis yang telah dibuat terhadap isu tersebut. Namun, malangnya jawapan yang diberikan oleh SPR hanyalah mudah dan tidak masuk akal. Pertamanya, botol tidak digoncang terlebih dahulu serta jawapan pengerusinya baru-baru ini iaitu dia hanya mampu sedih sebab dakwat itu tidak kekal. Begitu mudah jawapan yang diberikan seumpama menggambarkan lemahnya akal fikir rakyat yang mudah diperbodohkan dengan jawapan-jawapan sedemikian rupa hanya pada satu isu tersebut sahaja. Dan terdapat lagi isu-isu berbangkit yang lain seperti dakwaan pengundi “bangla”, isu black-out, dan lain-lain. Apa yang boleh dirangkumkan, inilah isu-isu yang menyebabkan terjadinya satu rantaian perhimpunan aman yang dilakukan oleh rakyat yang menyokong pihak pembangkang ini yang seringkali dianggap oleh pihak kerajaan sebagai percubaan penggulingan kuasa.
Umpama mencurahkan minyak ke bara api yang menyala, begitulah juga diibaratkan kepada tindakan pertama pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Abd Razak yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada kaum Cina dimana majoriti daripada masyarakatnya yang majoritinya menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya tersebut yang berbunyi “Apa lagi Cina mahu?”. Tidak kurang juga dengan kenyataan panglimanya iaitu Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengeluarkan kenyataan seperti “kalau tidak suka dengan sistem negara, boleh keluar negara tukar kerakyatan”. Jika dinilai, tidak syak lagi kedua-dua kenyataan pemimpin tertinggi negara ini telah meletakkan satu batu asas kepada orang-orang dibawahnya bahawa penyokong-penyokong serta pengundi-pengundi pembangkang ini umpama raksasa dan bagi mereka pula diibaratkan seperti Ultraman yang menyelamatkan dunia. Walhal, mereka semua telah terleka dan alpa bahawa tujuan asas wujudnya pihak pembangkang ini adalah untuk meneutralkan pentadbiran dan mengkaji kelompangan serta kelemahan yang berlaku. Jika sekiranya, rakyat dapat melihat berlakunya ketirisan dan kelemahan dari segi pentadbiran ekonomi, rasuah yang berlaku, pecah amanah dan lain-lain, maka pada ketika itulah rakyat memilih pembangkang untuk menjadi kerajaan yang baru. Disebabkan PRU yang lepas menyaksikan majoriti rakyat telah menolak pimpinan yang kerajaan Barisan Nasional, namun telah diselamatkan dengan sistem Westminster (pemilihan berasaskan jumlah kerusi), maka disebabkan itu jugalah rakyat masih marah dan terus menerus menunjukkan bantahan terhadap proses PRU-13 tersebut meskipun perkara tersebut telah berlaku hampir dua bulan.
Maka seharusnya hak bersuara yang sinonim dengan sistem demokrasi negara kita ini perlulah disambut baik oleh pihak kerajaan dan janganlah menganggap rakyat yang menyokong perkara tersebut semuanya fasid atau jahat tindakannya. Ada lebih baik bagi mereka mendengar dan berbincang apa yang diinginkan oleh rakyat dan bukannya semata-mata menghukum rakyat mahupun pihak pembangkang dengan perbuatan-perbuatan zalim yang boleh membantutkan keadilan itu terlaksana. Sebagai pemimpin, seharusnya mereka perlu bijak mengatasi perkara ini dengan adil iaitu ibarat seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung juga tidak berselerak. Jangan dianggap perbalahan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan tindakan menyekat kebebasan sedemikian rupa, sebaliknya carilah metode yang sesuai untuk menangani hal tersebut. Perkara ini merupakan suatu perkara yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t :

bÎ)ur Èb$tGxÿͬ!$sÛ z`ÏB tûüÏZÏB÷sßJø9$# (#qè=tGtGø%$# (#qßsÎ=ô¹r'sù $yJåks]÷t/ ( .bÎ*sù ôMtót/ $yJßg1y÷nÎ) n?tã 3t÷zW{$# (#qè=ÏG»s)sù ÓÉL©9$# ÓÈöö7s? 4Ó®Lym uäþÅ"s? #n<Î) ̍øBr& «!$# 4 bÎ*sù ôNuä!$sù (#qßsÎ=ô¹r'sù $yJåks]÷t/ ÉAôyèø9$$Î/ (#þqäÜÅ¡ø%r&ur ( ¨bÎ) ©!$# =Ïtä šúüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# ÇÒÈ $yJ¯RÎ) tbqãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt/ ö/ä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷/ä3ª=yès9 tbqçHxqöè? ÇÊÉÈ
Maksudnya :
“ Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. kalau dia Telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Konklusinya, Islam juga  amat menitikberatkan soal keadilan kepada umatnya khususnya jika berlaku perbalahan atau pertentangan yang berlaku diantara pemerintah dan juga yang diperintah. Apa yang perlu dipertimbangkan adalah soal hak rakyat dan keamanan dalam pemerintahan yang perlu diselenggarakan dengan baik dalam urus tadbir sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Renung-renungkan…dan selamat berfikir



2 comments:

  1. Kami orang-orang pulis , tidak akan sesekali menyerah diri...!! Biar kami mati disini...Bukit Kepong Menjadi Tanah Kubur kamiiiii...!!!

    ReplyDelete

Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...