TIGA TAHUN GANTUNG TAK BERTALI, AKHIRNYA PUTUS JUGA
Saya pasti ramai wanita diluar sana yang pada ketika ini sedang digantung tak bertali. Langit pun tak, bumi pun tak. Feel sengsara dalam hati tu memang tak payah cakap la, nak teruskan perkahwinan, takut pisang berbuah dua kali. Nak lepas bebas, bukannya mudah nak kena naik mahkamah sebab suami tak mau lepas.
.
Macam tu la jadi kat Dayah (Bukan nama sebenar). Orangnya muda sangat-sangat. Kahwin diawal usia. Masa nak kahwin tak fikir pun tentang kesusahan. Semua hat yang indah belaka. Rupa-rupanya hujan ditengah hari. Rumahtangga bergolak tak sampai setahun pun nikah. Suaminya tak sediakan nafkah asas dan bila bergaduh, Dayah bawak diri lari ke rumah ibu bapanya.
.
Hampir 3 tahun kes Dayah naik turun Mahkamah. Alhamdulillah, akhirnya Mahkamah sabitkan fasakh pada Dayah. Ada yang kata, awat lama sangat? Beratnya Ujian kat Dayah, mungkin tak sama dengan berat ujian orang lain.
Isu nafkah tak dapat bukan isu yang ringan dan berat jugak nak bukti kat Mahkamah. Hakim juga ada pandangan yang berbeza. Ye la kan, Hakim pun manusia jugak.
.
✅ Apa nafkah asas yang patut isteri dapat?
Dalam syarak, nafkah asas yang wajib dapat pada seorang isteri adalah makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Cuma, kalau suami setuju dalam tempoh perkahwinan nak
bagi dalam bentuk wang ringgit pun boleh. Yang penting, semua keperluan asas yang tadi tu cukup.
.
✅ Kalau suami tak sedia langsung semua tu?
Isteri boleh failkan Cerai Takliq bawah seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah ataupun Fasakh bawah seksyen 53 (1)(b) suami cuai atau gagal beri nafkah selama tempoh 3 bulan
✅ Kalau sekejap bagi, sekejap tak macam mana? Atau kadang tak cukup?
Sebaiknya, tuntut nafkah diri sebagai isteri dahulu di Mahkamah. Ia tertakluk di bawah seksyen 60 Enakmen Keluarga Islam. Selesai bicara, kalau tak disabitkan nusyuz, Mahkamah akan bagi satu perintah amaun nafkah yang perlu diberikan suami setiap bulan.
✅ Kalau suami tak kerja, macam mana?
Tanggungan nafkah akan berpindah kepada bapa mertua, datuk sebelah bapa dan golongan-golongan lain yang ditetapkan syarak iaitu keluarga sebelah pihak lelaki.
✅ Kalau isteri tak tinggal sekali dengan suami, boleh ke dapat nafkah?
Jika perkahwinan itu sememangnya dari awal dah PJJ, ada persetujuan tentang tempat tinggal berasingan, mungkin tak jadi masalah. Yang pasti, walau jauh, suami tetap wajib sediakan nafkah melainkan ada keredhaan dan apa-apa persetujuan.
Tapi, kalau isteri sengaja keluar dari rumah perkahwinan yang disediakan suami tanpa apa-apa sebab yang sah disisi syarak, maka, hak nafkah isteri mungkin digugurkan DENGAN SYARAT suami dapatkan pengisytiharan Nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah. Bukan boleh terus suami isytihar nusyuz macam tu saja yer.
✅ Kalau disabit nusyuz, tak boleh dapat Fasakh ke?
Boleh tuntut fasakh, tapi tak boleh mohon fasakh atas sebab suami gagal beri nafkah kerana isteri yang disabit nusyuz, tidak layak untuk dapat nafkah sehingga dia bertaubat semula mengikut seksyen 60 (3) Enakmen Keluarga Islam Kedah.
Sebenarnya ada isu yang lain jugak yang didakwa dalam kes Dayah tersebut, tapi, cukuplah saya sharekan sikit tentang isu suami gagal beri nafkah dalam kes fasakh ni sebab saya yakin, ramai wanita yang alami isu ini.
.
Kalau nak tahu betul atau tidak, jom komen dan tekan sekali butang share untuk bantu lebih ramai wanita lain mengetahui maklumat ini. Saya sangat hargai.
.
Terus Follow dan Like Page Khairul Fahmi & Associates untuk dapat lebih info tentang isu Mahkamah Syariah.
.
Gantung Tak Bertali, Lama-lama Putus Jua.
#lawyerkfassc
#fasakh
Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana mengembalikan kegembiraan dan cinta dalam perkahwinan saya, perceraian dan perpisahan bukanlah perkara yang baik untuk dialami dalam sebuah hubungan tetapi terima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana memberikan mantra cinta kepada saya untuk mengembalikan cinta dalam perkahwinan saya. Hubungi dia hari ini di (ekpentemple@gmail.com) untuk mendapatkan bantuan.
ReplyDelete