Saturday, 8 April 2017

UMUR MINIMUM PERKAHWINAN

PERKAHWINAN BAWAH UMUR

Baru2 ini saya ditanya oleh seorang rakan, berapa umur perkahwinan yang dibenarkan oleh undang2 dan Hukum Syarak. Mungkin pertanyaan ini disebabkan isu yang hangat diperkatakan oleh ramai pihak tentang cadangan untuk meminda umur minimum perkahwinan yang dibahaskan di dalam Parlimen.

Sebenarnya tidak ada satu pun firman Allah s.w.t atau Hadis Nabi s.a.w yang menyarankan agar berkahwin muda. Cuma ada beberapa dalil yang menjadi sandaran kepada keperluan untuk berkahwin.

Firman Allah, 

"Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan". 
(Surah An-Nur : 32)

Daripada dalil tersebut, terdapat hadis nabi yang menyarankan agar para pemuda itu berkahwin:

Dalil pensyariatan dari Sunnah, Rasulullah bersabda 
"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya" 
(H.R.Bukhari & Muslim)

Di dalam hadis sebagaimana yang dinyatakan tersebut, nabi s.a.w menggunakan perkataan ‘Mampu’ . Daripada perkataan mampu ini, banyak tafsiran dikeluarkan untuk menyatakan tentang kemampuan itu. Ada yang menilai dari sudut kewangan, kematangan, umur dan lain2 lagi. Apa yang lebih tepat, kemampuan ini merupakan perkara yang subjektif dan boleh berubah mengikut sifat seseorang dan keadaan semasa.

Menurut Seksyen 8 Enakmen Undang2 Keluarga Islam Negeri Kedah 2008:

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Begitu juga sebagaimana yang diperuntukkan di dalam negeri2 yang lain iaitu umur minimum yang dibenarkan oleh Undang2 Syariah di Malaysia adalah 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki. Sekiranya, umur seseorang itu kurang daripada umur minimum yang digariskan, maka seseorang lelaki mahupun wanita itu perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah dengan menyatakan alasan-alasan serta sebab yang membolehkan kebenaran tersebut diberikan. Maka, permohonan secara bertulis perlu difailkan terlebih dahulu oleh pemohon sebelum dibenarkan berkahwin dengan pasangannya.


Memang tidak dinafikan, pada zaman Nabi s.a.w dahulu, masyarakat Arab ada yang bernikah ketika di awal usia. Bahkan di dalam negara kita sekalipun, kita ada mendengar orang2 dahulu banyak yang kahwin awal usia. Namun, perkara itu perlu dinilai mengikut keadaan dan kematangan pasangan2 serta kemampuan mereka untuk menempuhi layar bahtera perkahwinan. 

Masyarakat Melayu-Islam khususnya pada ketika dahulu, telah bekerja di awal usia bahkan ramai yang memilih untuk bekerja pada ketika itu berbanding mengutamakan pendidikan di awal usia. Berbeza dengan keadaan atau uruf masyarakat ketika ini, pendidikan itu merupakan satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua warganegara sekurang-kurangnya sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jika pendidikan terhenti setakat sekolah rendah, dikhuatiri survivor realiti kehidupan itu akan lebih berliku kerana pendidikanlah yang akan membantu seseorang individu itu untuk survive dalam realiti dunia ketika ini.

Atas sebab itu, undang2 itu digubal bukan untuk menyekat pihak-pihak mendirikan rumahtangga,tetapi demi melihat kepada kemaslahatan yang lebih besar daripada itu apabila setiap pasangan mendirikan rumahtangga di usia yang terlalu muda.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada tahun 2016 yang lalu, lebih 40,000 kes perceraian yang telah didaftarkan seluruh Malaysia. Dan daripada statistik itu juga, majoriti kes perceraian yang berlaku adalah daripada pasangan muda berumur kurang daripada 20 tahun. 

Mengikut pengalaman penulis sendiri sebagai pengamal undang2 Syariah di Malaysia, sememangnya diakui, ramai daripada pasangan muda yang datang ke Mahkamah untuk bercerai dan mengesahkan perceraian yang berlaku di luar Mahkamah. Hal ini dibimbangi akan menjadi trend yang tidak sihat kerana rata2 kes yang berlaku adalah disebabkan masalah kewangan dan masalah sosial yang semakin meningkat.

Atas hujah diatas, maka penulis berpandangan adalah wajar umur minimum tersebut dikaji semula demi kelestarian rumahtangga dan masyarakat perlu melihat perkahwinan itu bukan jalan penyelesaian masalah sosial anak2 kerana perkahwinan itu bukan bertujuan untuk ibu bapa melepaskan tanggungjawabnya terhadap anak2 mereka.






TEMPOH EDDAH BERCERAI HIDUP & CERAI MATI

TEMPOH EDDAH BERCERAI HIDUP & CERAI MATI

Mungkin ada dikalangan kita khususnya lelaki dan wanita muslim yang masih belum mengetahui tentang eddah selepas berlaku perceraian secara hidup atau cerai mati. Moga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada semua. Insya Allah.

Iddah dari segi bahasa maksudnya bilangan atau hitungan. Dari segi syarak pula maksudnya, tempoh yang ditentukan oleh syarak terhadap seorang wanita untuk menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya.

Eddah Cerai Talak&Fasakh

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 228 :

“Dan isteri2 merujuk kepada ayat Al-Quran di atas tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan sama ada percaraiannya secara lafaz talak atau fasakh ialah tiga kali suci daripada haid.”

A) Jadi berdasarkan daripada dalil diatas, jelas menunjukkan tempoh iddah 3 kali suci slps diceraikan secara talak atau fasakh. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.

B) Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri sedang haid/tak suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

C) Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri dalam keadaan nifas, isteri kena tunggu sampai 3 kali suci selepas nifas. Iddah tersebut akan tamat apabila datang haid yang keempat.



Eddah Cerai Ketika Hamil

Tempoh eddah bagi seorang wanita yang hamil sama ada dengan sebab kematian suami atau diceraikan suami ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandung. Ini adalah berdasarkan ayat quran di dalam surah At-Talaq yang bermaksud :

“ Dan perempuan2 yang mengandung, tempoh eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak yang dikandungnya.”

Ini ditambah dengan dalil daripada peristiwa Sabiah bt Harith yang telah kematian suami ketika dia sedang hamil dan telah melahirkan anak 11 hari daripada tarikh kematian suaminya. Rasulullah s.a.w datang kepadanya dan memberi keizinan kepada Sabiah bt Harith untuk berkahwin lain.

Jadi, kalau berlaku lafaz cerai dalam tempoh mengandung, walaupun tempoh masa untuk bersalin telah singkat, maka bekas isteri dibenarkan untuk berkahwin selepas daripada bersalin anak tersebut.

Eddah Cerai Mati

Tempoh eddah bagi seseorang isteri yang telah kematian suaminya adalah selama 4 bulan dan 10 hari. Tujuan adanya eddah bagi seorang yang kematian suami adalah bertujuan untuk menghormati suami yang baru sahaja meninggal dunia dan berkabung atas sebab kematian tersebut.

A) Kalau berlaku kematian suami semasa isteri berada dalam tempoh eddah talak raj’ie dan tidak mengandung, eddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari. Dan kiraan eddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu eddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.

B) Kalau berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh eddah talak bain dan tidak mengandung, eddahnya kekal tiga kali suci atau tiga bulan dan eddahnya TIDAK BERTUKAR kepada eddah kematian suami selama 4 bulan 10 hari.


Eddah Diceraikan Sebelum Disetubuhi

Tiada Eddah

Eddah Bagi Perempuan yang ISTIHADAH

Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

A) Jika sekiranya haid tersebut tidak menentu, tapi masih dapat tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya, maka eddahnya adalah selama 3 kali suci.

B) Jika sekiranya haid tidak menentu dan tidak tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya ATAU tidak dapat bezakan antara darah haid dan ISTIHADAH, maka eddahnya adalah selama 3 bulan.


Eddah Bagi Perempuan Tiada Haid

Jika seorang perempuan itu diceraikan  dalam keadaan tiada haid, sama ada ia disebabkan penyakit, telah dibuang rahim, putus haid, belum pernah haid, atau lain2 perkara maka tempoh eddahnya adalah selama 3 bulan.


Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...