TIP
MENJADI PEGUAM SYARIE MUDA YANG SENTIASA BERSEDIA
Menjadi seorang
peguam syarie diusia yang muda mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan yang penuh
dengan liku-liku kehidupan. Itu perkara biasa. Saya pun bukanlah seorang yang
hebat. Tapi beberapa perkara yang saya nak share ni pun, saya cuba nak buat
semua satu persatu supaya kita sentiasa mempunyai satu persiapan yang baik
sebelum menjejakkan kaki ke Mahkamah sebagai seorang Peguam Syarie Muda dan
Berjaya..Insya-Allah.
So, basically
dua persediaan yang perlu untuk kita buat :
PERSEDIAAN
FIZIKAL
a) Buat kunjungan
hormat
Secara
mudahnya, kunjungan hormat ni adalah kita yang baru diterima masuk sebagai
Peguam Syarie negeri khususnya, membuat kunjungan hormat dengan bertemu secara
bersemuka dengan Pegawai2 Syariah di Mahkamah Syariah khususnya. Niatnya hanya
satu sahaja, untuk menghilangkan persepsi negatif kita terhadap hakim2 yg
mungkin ada yg garang, kurang bertolak ansur, kurang peramah, terlalu tegas dan
pelbagai andaian lagi. Dengan adanya kunjungan hormat terhadap hakim tersebut,
sikit sebanyak ia akan menimbulkan aura positif kepada kita untuk lebih yakin
apabila kita mengendalikan sesuatu kes dihadapan hakim tersebut. Saya sendiri
pernah membuat perkara yang sama, dan ternyata perkara ini adalah satu tindakan
yang baik dan memberi faedah kepada kedua pihak. Cuma kita perlu jaga batas dan
had supaya tidak ada tohmah antaranya.
b) Mengenali
karekter Hakim
Yang ni
assignment yg paling diutamakan utk seseorang peguam syarie muda khususnya.
Kalau kita tidak mengenali karekter hakim yang akan kita kendalikan kes
dihadapannya, pelbagai masalah akan timbul terhadap kes yg kita kendalikan
tersebut. Setiap hakim mempunyai perwatakan yang berbeza sbb itu lumrah dunia
apabila Allah menciptkan kepelbagaian manusia. Jadi, tugas kita untuk mengenali
‘Siapa Hakim yang akan dengar kes aku ni?’…sbgai contoh, saya pernah mengikuti
perjalanan kes di Selangor, penghakiman kes mereka lebih terarah kepada
prosedur dan jurnal hukum..namun, apabila berpindah dan beramal di Negeri
Kedah, hakim2nya lebih terarah untuk merujuk kepada kitab2 lama khususnya
berbanding merujuk jurnal hukum sebagai panduan. Jadi, pastikan kita kenal
dahulu dengan setiap hakim negeri2 yang akan kita kendalikan kes dengan
bertanyakan kepada senior2 yg lebih berpengalaman.
c) Mengenali
Kakitangan Mahkamah
Kalau kita main
catur, bahagian depan atau pawn merupakan salah satu watak yang juga amat
penting dalam permainan tersebut. Begitu juga dengan kakitangan Mahkamah yang
merupakan watak penting dalam pengendalian kes syariah. Bahkan, mereka secara
praktikalnya lebih arif dan mengetahui prosedur kes berdasarkan pengalaman
mereka berbanding fresh-grad. Tambahan, berbaik dengan kakitangan Mahkamah akan
memberikan kepentingan untuk karier peguam namun, kena la juga jaga batasnya.
d) Belajar Dari
Mereka yang Berpengalaman
Sedangkan kita
nak belajar memandu kereta pun kena ada orang tolong ajarkan, apatah lagi di
dalam mengendalikan kes rumahtangga org mahupun kes jenayah. Jadi, saya
nasihatkan semua peguam syarie muda yg lebih kurang mcm saya, cari sorang tok
guru/mentor/sifu/guru yang boleh jadi pemantau dan senang utk kita belajar
daripada mereka yang lebih berpengalaman. Mereka mempunyai banyak maklumat yang
boleh kita pelajari. Saya yakin, semua peguam syarie berpengalaman yg ada di
Malaysia tidak pernah lokek dalam berkongsi pengalaman, ilmu dan maklumat.
e) Berkawan
dengan golongan professional
Sebenarnya,
kita mmg digalakkan untuk memilih kawan2 yang professional supaya jiwa kita
sentiasa positif dan mempunyai ilmu yang pelbagai. Bukan apa, bila kita
berkawan dengan akauntan contohnya, kita boleh dapat nasihat percuma tanpa
perlu bayar satu sen pun tentang penyata kewangan yang boleh dijadikan bukti di
Mahkamah untuk pembuktian tuntutan harta sepencarian misalannya. Lagi banyak
rakan kita yg professional, lagi banyak manfaat yang akan kita peroleh.
PERSEDIAAN MENTAL
a)
Pengetahuan/Ilmu
Inilah perkara
asas yang perlu dititikberatkan oleh mana2 Peguam Syarie, tambah ilmu
pengetahuan. Kita sentiasa akan dipanggil sebagai ustaz meskipun kita adalah
Peguam disebabkan kita merupakan orang yang mempunyai pengetahuan tentang Hukum
Syarak. Memang tidak semua perkara berkaitan syarak ini kita ketahui sebab
medannya sangat luas. Namun, aspek2 serta persoalan2 semasa khususnya di dalam
mengendalikan kes syariah di Mahkamah sentiasa menjadi persoalan yang akan
diajukan oleh seseorang kepada kita. Kita juga tidak sepatutnya terhad kepada
ilmu feqah semata-mata, perlu juga kita mengetahui bidang2 ilmu yang lain
supaya kita akan menjadi seorang peguam yang berwibawa. Contohnya, pengetahuan
kita tentang dialek/pertuturan masyarakat setempat. Ini kerana, sebagai peguam
syarie, kemungkinan kes yang akan dikendalikan bukan sahaja di satu negeri
sahaja, bahkan beberapa negeri lain yang lain dialeknya. Perlu juga kita
sebagai peguam syarie mampu untuk bertutur dan memahami Bahasa Inggeris selain
daripada Bahasa Arab. Kerana Bahasa akan membantu kita berkomunikasi khususnya.
b) bidangkuasa
Yang ni kena
hadam betul2, salah bidangkuasa Mahkamah akan menyebabkan kita malu besar sebab
kes kita akan jadi sia2 jika kita salahbidangkuasa mahkamah. Klien pun akan
jadi kurang yakin dan membuang masanya sahaja.
c) Undang2
Apabila orang
sebut sahaja peguam, semestinya tidak kiralah syarie atau sivil, mereka mesti
mengetahui dan berkemahiran dengan undang2 yang terpakai dalam pengendalian kes
mereka. Sebagai peguam syarie, sudah menjadi satu kewajipan untuk kita
memahami, mengetahui dan menggunapakai setiap undang2 yang terpakai di Mahkamah
Syariah. Jangan malas untuk membawa kesemua2 enakmen2 atau akta syariah ke
Mahkamah sebab kita bukannya al-hafiz yang boleh hafal enakmen. Wajib bagi
seorang peguam syarie mempunyai enakmen2 dan statut2 yg berkaitan supaya kita
sentiasa bersedia dengan peruntukkan undang2.
d) Persiapan
Kes
macam kita nak
pi berperang, segala persiapan dan strategi dirangka agar segalanya berjalan
dengan lancer, begitu juga dengan persiapan kes. Setiap kes yang dikendalikan,
perlu bagi bagi peguam syarie mengetahui dan mendalami fakta kes yang
dikendalikannya supaya tidak menjadi kekok sewaktu perbicaraan kelak. Apa yg
boleh kita buat supaya lebih terancang:
1) Buat kronologi kes
2) Senarai Pliding
3) carta perbicaraan
4) kenal pasti isu
5) buat carta saksi
e) Rujukan
jurnal, laporan kes, artikel berkaitan dan kitab2 feqah yang lama dan baru
Inilah yang
membezakan kita dengan bukan peguam khususnya peguam syarie yang perlu merujuk
kitab2 turath dalam mencari rujukan untuk sokongan kes. Saya selalu berpesan
kepada rakan2 peguam muda supaya apa2 perkara, jgn malas untuk merujuk dan baca
jurnal hukum khususnya untuk mempertingkatkan pengetahuan dan mahir dalam
mengendalikan kes kerana ini adalah nadi peguam syarie.
f) Berserah
pada Allah
Kunci segala
kejayaan. Inilah perkara yang menjadikan kita sebagai peguam syarie yang
bertaqwa kepada Allah. Moga kita mendapat manfaat dengan perkongsian ini.