Sunday, 9 March 2014

Perceraian Secara Fasakh

Asas pembinaan rumahtangga yang kukuh akan menjadikan sesebuah kehidupan berkeluarga itu sentiasa berada dalam keadaan yang bahagia dan harmoni sentiasa. Namun, hal mengenai kestabilan rumahtangga itu bukanlah suatu yang mudah untuk diimbangi. Adakalanya hubungan perkahwinan tersebut berkekalan dan adakalanya ia retak di permulaan, pertengahan mahupun telah jauh perjalanannya. Semuanya tidak dapat dijangka.
Seringkali yang menjadikan sesebuah rumahtangga tersebut runtuh adalah kebanyakannya disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh lelaki ataupun suami. Namun, tidaklah bermakna semuanya disebabkan suami, namun adakalanya masalah itu juga timbul disebabkan pihak isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya. Dalam hal ini, penulis hanya ingin mengutarakan isu yang berkaitan dengan kes fasakh yang berlaku di dalam negara kita ini. Bukan bertujuan untuk mencari salah siapa, tetapi ingin berkongsi pandangan tentang beberapa faktor yang boleh memberikan ruang kepada si isteri khususnya menuntut perceraian secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah.

Perlu untuk diketahui dalam hal ini, Islam amat memelihara kaum wanita daripada tertindas dan mendatangkan mudharat pada dirinya. Justeru, Allah s.w.t telah mensyariatkan di dalam firmannya mengenai fasakh ini di dalam Al-Quran.

a)     ÈbÎ)ur îor&zöD$# ôMsù%s{ .`ÏB $ygÎ=÷èt/ #·qà±çR ÷rr& $ZÊ#{ôãÎ) Ÿxsù yy$oYã_ !$yJÍköŽn=tæ br& $ysÎ=óÁム$yJæhuZ÷t/ $[sù=ß¹ 4 ßxù=Á9$#ur ׎öyz 3 ÏNuŽÅØômé&ur Ú[àÿRF{$# £x±9$# 4 bÎ)ur (#qãZÅ¡ósè? (#qà)­Gs?ur  cÎ*sù ©!$# šc%x. $yJÎ/ šcqè=yJ÷ès? #ZŽÎ6yz ÇÊËÑÈ
128.  Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz[357] atau sikap tidak acuh dari suaminya, Maka tidak Mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya[358], dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir[359]. dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.


b)      ÷bÎ)ur óOçFøÿÅz s-$s)Ï© $uKÍkÈ]÷t/ (#qèWyèö/$$sù $VJs3ym ô`ÏiB ¾Ï&Î#÷dr& $VJs3ymur ô`ÏiB !$ygÎ=÷dr& bÎ) !#yƒÌãƒ $[s»n=ô¹Î) È,Ïjùuqムª!$# !$yJåks]øŠt/ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JŠÎ=tã #ZŽÎ7yz ÇÌÎÈ
35.  Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, Maka kirimlah seorang hakam[293] dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Walaupun hak untuk memohon fasakh mengikut hukum syara’ terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri mengikut seksyen 52(1A) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) :

“ Pihak suami boleh menuntut fasakh atas alasan isterinya tidak mampu secara fizikal seperti lumpuh yang boleh menghalang hubungan seksual. Walaupun begitu, suami dibenarkan berpoligami bagi mengelakkan berlakunya perceraian.”

Secara umumnya hak fasakh ini diberikan kepada pihak isteri disebabkan pihak suami itu sendiri mempunyai kuasa untuk melafazkan talaq. Maka, dalam konteks fasakh ini, perlu diketahui secara jelas, hanya hakim yang mempunyai tanggungjawab untuk membubarkan sesuatu perkahwinan berdasarkan pembuktian yang perlu dibuktikan oleh pihak isteri berdasarkan undang-undang yang bertepatan dengan landasan syarak.

Antara alasan-alasan yang boleh diketengahkan oleh pihak-pihak yang ingin menuntut fasakh. Antaranya yang boleh dirujuk berdasarkan seksyen 52 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) :

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu -

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur enam belas tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain -

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara'; atau

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

(v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syara';

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh Hukum Syara' ;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syara'.
(2) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (c) dalam subseksyen (1) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (e) dalam subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Inilah antara alasan-alasan yang boleh dikemukan oleh pihak isteri yang menuntut kepada perceraian secara fasakh oleh Mahkamah disebabkan meletakkan isteri berada dalam keadaan kesusahan. Tujuan kepada fasakh ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menghapuskan kemudharatan dan ia menunjukkan satu keadaan yang sudah tidak boleh dipulihkan lagi.

Berdasarkan kepada pemerhatian penulis, terdapat beberapa alasan yang sudah menjadi kebiasaan suatu tuntutan fasakh itu dilakukan di Mahkamah. Antara yang menjadikan hal tersebut dituntut di Mahkamah adalah disebabkan pihak suami telah gagal atau cuai menyediakan nafkah kepada isteri.

Hal ini boleh dirujuk dalam kes Siti Rohani lwn Mohd Sazali (1994) 9 JH 230, dimana dalam kes ini pihak isteri telah membuat tuntutan fasakh disebabkan suaminya telah gagal membayar nafkahnya dan nafkah anaknya selama lebih tiga (3) bulan. Suami telah mengaku dia tidak pernah member nafkah dan isterinya tidak pernah diisytiharkan nusyuz oleh mana-mana Mahkamah Syariah. Namun, pada ketika itu hakim telah mengarahkan kepada suami membayar nafkah sebulan sebanyak RM350.00 dan dia telah membayarnya. Apabila perbicaraan disambung semula, mahkamah telah menolak tuntutan isteri dan kemudiannya isteri telah merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Kes tersebut telah diterima rayuannya disebabkan pada pandangan hakim bicara, isu kegagalan membayar nafkah bukanlah disebabkan oleh pihak suami tidak mempunyai pendapatan atau harta tetapi kecuaiannya dalam memenuhi tanggungjawab membayar nafkah.

Justeru jelas disini, apa yang paling ditekankan dalam tuntutan fasakh yang ingin dibuat ini adalah kecuaian pihak suami dalam memberikan nafkah kepada isteri selama tempoh yang telah ditetapkan secara sengaja boleh menjurus kepada pensabitan kes fasakh ini boleh dilaksanakan oleh hakim. Ia bertujuan untuk memelihara hak seorang isteri yang berhak mendapat nafkah daripada suami.

Begitu juga halnya jika sekiranya pihak suami telah ghaib atau tidak diketahui dimanakah menghilangnya selama tempoh yang lama. Ini antara alasan yang sering dibawa ke Mahkamah untuk mensabitkan suatu kes fasakh itu oleh yang arif hakim. Contohnya di dalam kes di Wilayah Persekutuan, Hafsah lwn Ahmad (1985) 6 JH 320 dimana Plaintif dalam kes ini telah membuat tuntutan fasakh kerana suaminya telah tidak member nafkah kepadanya dan telah ghaib tanpa diketahui dimana dia berada. Pihak suami itu telah tidak hadir ke Mahkamah dan selepas mendengar keterangan Plaintif dan saksi-saksinya, Mahkamah telah meminta kepada Plaintif untuk bersumpah Istizhar, kemudian Mahkamah telah memutuskan sabit isteri terfasakh daripada suaminya.

Antara alasan lain yang seringkali dibawa oleh isteri untuk menuntut fasakh daripada Mahkamah adalah disebabkan perlakuan ganas dan tindakan pihak suami yang lazim menyakiti isteri hingga mendatangkan kemudharatan kepadanya. Contoh yang boleh dirujuk adalah berdasarkan kepada kes di Terengganu, Hasnah lwn Zaaba (1995) 10 JH 59 dimana Plaintif telah membuat tuntutan bahawa suaminya telah lazim menyakiti dan menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya suaminya itu. Hakim berpendapat bahawa telah berlaku penganiayaan dimana suami telah menyakiti isteri dengan memukul dan memaki hamun isterinya hingga mengakibatkan kehidupan isteri itu menderita. Mahkamah telah menerima tuntutan tersebut.

Kesemua alasan-alasan yang boleh dikemukan oleh pihak isteri khususnya haruslah bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh undang-undang serta syarak. Apa yang paling penting dalam hal ini adalah kekuatan pembuktian yang perlu dititikberatkan oleh pihak isteri khususnya dalam membuat tuntutan tersebut. Adalah menjadi satu kesukaran kepada peguam syarie untuk membuktikan tentang alasan-alasan yang dikemukakan oleh isteri untuk memohon fasakh daripada suami sekiranya tiada saksi dan bukti-bukti sokongan untuk membuktikan telah datang kemudharatan kepada dirinya. Apatah lagi kepada hakim yang menjadi sukar kepada dirinya untuk mensabitkan fasakh jika sekiranya pihak isteri/yang membuat tuntutan itu tidak dapat mengemukakan bukti-bukti yang kukuh bagi mensabitkan dharar itu telah berlaku kepada dirinya.

Konklusinya, tuntutan fasakh ini adalah dibenarkan dalam Islam bagi memelihara kaum wanita khususnya si isteri daripada menerima kemudharatan terhadap dirinya dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Selagimana suatu hubungan suami isteri itu mampu dipelihara, maka sebaiknya hubungan itu dibaiki demi kebaikan bersama. Jika sekiranya, terjadi kemudharatan secara berterusan kepada isteri khususnya, maka sewajarnya hubungan tersebut tidak diteruskan kerana bimbang berlakunya penganiyaan kepada pihak isteri khususnya.


(Sekadar perkongsian daripada penulis….)


Lelaki Pun Ada Eddah

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’ Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwi...