Keutamaan
kepada negara berbanding bangsa
Konsep
: Dalam membentuk kearah sebuah negara yang maju dan berwawasan, agenda
perpaduan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan. Di Malaysia,
terdapat campuran pelbagai etnik yang tinggal di bawah satu panji berteraskan
kepada konsep perpaduan sejagat yang telah terbina sejak sekian lama.
Misalannya,
Melayu 50%, Cina 30%, India 15% dan lain-lain bangsa sebanyak 5%. Maka, seperti
yang diketahui, majority penduduk di Malaysia ini adalah datangnya daripada
kaum Melayu dan kaum ini jugalah yang menjadi penduduk asal sejak sebelum
kedatangan penjajah ke Tanah Melayu lagi. Namun, apabila kemasukan buruh-buruh
cina melalui sistem kangchu dan kemasukan buruh-buruh India melalui sistem
kangani yang dilakukan oleh British, maka tercetuslah percampuran budaya bangsa
yang menjadikan uniknya ketamadunan yang terbentuk di Malaysia ini dengan
agenda perpaduan yang telah dicorakkan pemimpin-pemimpin dahulu.
Maka,
apabila wujud percampuran tersebut, pemerintah perlu mentadbir dan menguruskan
hal ehwal negara ini dengan bijak dan seimbang dimana ia perlu mendahulukan
kepada agenda kemajuan melalui perpaduan berbanding agenda untuk memenuhi
setiap tuntutan yang dibuat oleh bangsa itu sendiri.
Rasional:
Untuk capai kemajuan yang seimbang dengan keharmonian dan pembangunan lestari
kepada negara, maka tuntutan dan kehendak sesebuah bangsa itu tidak perlu
menjadi keutamaan kerana ia akan merencatkan agenda perpaduan, sekaligus ia
akan menyebabkan kepada kemajuan terhadap negara itu tidak tercapai. Tambahan
pula, kesan yang lebih teruk adalah perpaduan yang dibentuk sekian lama mungkin
akan hancur musnah disebabkan terlalu mengikut kehendak sesuatu pihak.
Untuk
lebih mudah memahami tentang keutamaan kepada negara ini, kita perlu rungkaikan
secara mendalam dan mudah untuk difahami seperti begini:
1. Kita
akan lihat dan analisis apa yang akan terjadi sekiranya kita memberikan
keutamaan kepada pembangunan negara berbanding mengutamakan sesebuah bangsa
2. Kita
akan menilai, apa akan terjadi sekiranya kita memberikan keutamaan kepada
sesebuah bangsa berbanding kemajuan negara yang perlu dicapai.
1)
Dari sudut politik
Berdasarkan
kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui sebelum terbinanya Perlembagaan
Persekutuan, jelas menunjukkan keistimewaan yang perlu dihormati di dalam
negara kita ini adalah keistimewaan yang telah diberikan dan dipersetujui
kepada kaum Melayu yang menjadi kaum majority di negara ini. Kotrak sosial yang
telah dibentuk sejak sekian lama ini menjadi teras yang perlu difahami dan
tidak perlu dipertikaikan demi memelihara perpaduan negara untuk menuju kepada
sebuah negara yang maju dan sejahtera.
Akan
tetapi, timbul beberapa kes yang melibatkan kepada pertikaian kontrak sosial
tersebut demi memenuhi kehendak sesebuah bangsa itu sendiri. Misalannya adalah
kes 83 tuntutan Suqiu, pertubuhan orang-orang cina yang salah satu daripadanya
menuntut supaya jawatan Perdana Menteri diberikan kepada orang bukan Melayu.
Meskipun dalam hal ini, Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan supaya
hanya orang Melayu sahaja yang menjadi Perdana Menteri, akan tetapi perkara ini
perlu difahami dan dihormati oleh kaum bukan Melayu di negara kita ini. Ini
kerana, kontrak sosial telah dipersetujui untuk memberikan hak keistimewaan
kepada orang-orang Melayu dan juga melihatkan kepada majoriti penduduk yang ada
di dalam negara kita ini adalah daripada rumpun Melayu.
Maka,
seharusnya hal sebegini tidak perlu dipertikaikan kerana ia akan menyebabkan
kepada terjadinya bantahan dan pergolakan antara kaum khususnya diantara kaum
Melayu dan Cina. Sudah semestinya kita tidak mahu perkara seperti peristiwa 13
Mei 1969 berulang kembali. Sebaiknya, kaum bukan Melayu lebih memahami dan
menghormati kontrak sosial tersebut berbanding hendak menuntut dan mendahulukan
kehendak bangsa tersebut sahaja kerana ia akan menyebabkan kesan yang buruk
akan berlaku.
Impaknya,
kita dapat lihat hingga ke hari ini, bibit ketidaksepaduan antara kaum Melayu
dan Cina seakan terjadi apabila muncul pertubuhan-pertubuhan yang terlalu
meniupkan api perkauman di dalam negara sebagai tanda melawan arus bertentangan
dari pihak yang tidak sebulu dengannya. Contohnya seperti PERKASA (Pertubuhan
Pribumi Perkasa) dimana Presidennya Datuk Ibrahim Ali pernah mengungkapkan
bahawa kaum Cina adalah pendatang yang tidak mengenang budi orang melayu.
Kenyataan sebegini sememangnya boleh mengakibatkan ketidakpuas hatian kaum cina
terhadap Melayu sekaligus menybebakan agenda perpaduan sukar dibentuk.
2)
Dari sudut ekonomi
Seperti
yang sedia maklum, dasar ekonomi baru yang telah diperkenalkan sejak awal
kemerdekaan adalah bertujuan untuk memperkasakan ekonomi negara disamping
meningkatkan status ekonomi kaum bumiputera. Di dalam dasar ini, hak ekuiti 30%
untuk kaum bumiputera ini merupakan satu perkara yang menjadi teras kepada
dasar ekonomi baru tersebut. Namun, ini tidak bermakna tiada unjuran positif
kepada pertumbuhan ekonomi bangsa-bangsa lain. Pengaplikasian dasar tersebut
telah menybabkan pengusaan kepada orang cina sebanyak 42%, Melayu 28% dan India
22%.
Ini
bermakna kaum cina tidak pun tertindas dalam menguasai ekonomi negara apabila
semua bangsa menghormati dalam pelaksanaan dasar ekonomi baru ini. Maka,
apabila keutamaan kepada negara itu diberikan oleh masyarakat Malaysia dalam
pelaksanaan sistem ekonomi tersebut, akhirnya keadaan ekonomi negara semakin
stabil berbanding dominasi ekonomi kaum cina sejak penjajahan British ke Tanah
Melayu suatu ketika dahulu.
Namun,
wujud satu tuntutan yang sama iaitu tuntutan suqiu yang mahu keutamaan diberikan
kepada bangsa lalu mengenepikan keutamaan kepada negara, dimana salah satu
daripada 83 tuntutan tersebut meminta kepada kerajaan agar menghapuskan ekuiti
30% kepada bumiputera dan seterusnya mengagihkan sama rata kepada semua bangsa.
Sememangnya jika difikirkan secara logic, memang ada baiknya, namun harus
diingat dan ditekankan disini iaitu kotrak sosial yang dipersetujui oleh nenek
moyang kita tentang keistimewaan kepada kaum bumiputera menjadi satu agenda
utama negara. Jika perkara ini dipertikaikan, perpaduan yang menjadi teras
kepada kestabilan ekonomi tersebut mungkin terjejas disebabkan berlakunya
perpecahan yang tidak kita inginkan.
3)
Dari sudut sosial
Pengkhususan
diberikan kepada aspek pendidikan sahaja. Sebagaimana yang telah diketahui,
keutamaan yang paling utama perlu diberikan oleh masyarakat Malaysia adalah
mengutamakan perpaduan. Dalam hal ini, perpaduan hanya akan dapat dibentuk
dengan jitu jika sekiranya agenda sekolah kebangsaan ini menjadi satu keutamaan
oleh semua bangsa demi membentuk perpaduan yang sebenar. Ini bermakna, semua
bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain duduk serumpun dalam satu
bumbung untuk belajar dan menimba ilmu bersama sekaligus membentuk perpaduan
yang diinginkan oleh negara.
Perihal
mengenai sekolah kebangsaan ini sememangnya perlukan kepada pengorbanan kaum
lain khususnya kaum cina dan India yang masih mendokong kepada pelaksanaan
sekolah vernakular sehingga bermati-matian berjuang untuk mempertahankan
sekolah tersebut daripada dimansuhkan dan bernaung di bawah satu sekolah
wawasan yang menggabungkan kesemua bangsa di dalam negara ini. Tujuannya tidak
lain dan tidak bukan adalah demi membentuk perpaduan yang sebenar melalui
sistem pendidikan nasional.
Namun,
hingga ke akhir ini, isu mengenai sekolah vernakular ini tidak dapat
diselesaikan sebaliknya ia akan menjadi satu polemik perpaduan yang mampu
diganggu gugat disebabkan kita terlalu mementingkan keutamaan kepada bangsa itu
sendiri berbanding kita mengutamakan perpaduan negara yang amat perlu demi
mencapai kemajuan yang kita inginkan.
Hak
cipta terpelihara….
Sudut
pandang budak kaca mata…..
…………………………………
(Khairul
Fahmi Bin Ramli)